Bagi yang nak cuba kaedah penanaman sayur organik di rumah, perkongsian daripada Mat Diy ini boleh dijadikan panduan. Sayur yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun atau bahan kimia.
Dalam usaha mendapatkan hasil sayur yang elok, ujarnya perkara pertama yang dilakukan adalah menyediakan tanah yang subur, gembur dan terbaik untuk pokok.
Caranya adalah dengan memberi zat kepada tanah menggunakan sisa makanan atau sisa organik yang ada di rumah.
Ini perkongsian beliau yang boleh kita ikuti.
Saya sangat suka dengan konsep penanaman secara organik. Maksudnya tanpa perlu racun atau baja sintetik/kimia yang terhasil dari makmal kimia. Jadi saya suka cari maklumat dan baca hal-hal yang berkaitan dengan kaedah tersebut.
Tanaman di sekeliling rumah saya memang tiada menggunakan baja kimia sintetik. Semua sisa organik dari dapur seperti sisa sayuran, perut ikan malahan rumput yang jiran potong pun saya ambil dan tanam dalam batas sayur, dalam pasu atau di pangkal pokok.
Kita beri makan kepada cacing dan bakteria dalam tanah, barulah mereka akan rajin bekerja menyuburkan tanah untuk tanaman kita.
2. Berikan masa 1-2 minggu untuk bakteria dan cacing bekerja menguraikan sisa makanan (cacing ini juga boleh dibeli jika dapati tanah tiada cacing).
3. Kemudian barulah pindahkan anak pokok yang sudah ada 3-4 daun di atas batas.
4. Ini adalah hasil sayur menggunakan cara penanaman organik. Sebelum itu bayam, kailan, kangkung, kubis dan bayam Brazil juga ditanam kaedah yang sama.
TIP
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mat Diy