Ramai yang tanam pokok serai di rumah kerana banyak kegunaan dalam masakan. Apa yang membezakan adalah hasil serai. Ada yang tanam serainya hasilnya subur gemuk dan ada juga yang kurus saja.
Tapi dah tentu kita mahukan hasil serai yang batangnya gemuk. Untuk dapatkan hasil begini kenalah tahu tip dan cara penanaman yang betul. Dikongsi oleh Tariq Syahman yang suka berkebun berikut info berguna bagi penanaman serai berdasarkan pengalamannya.
Tip penanaman serai di rumah supaya hasilnya gemuk, besar & padu
“Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan ke akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.
Serai di atas adalah yang dah siap bersih yang saya hantar, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula nanti. Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.
1. Untuk benih serai ini saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawahnya.
Ads
2. Bila dah ditanam, pokok serai ini akan keluarkan daun baru & bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Kemudian pokok akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – pokok dah mati sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
Ads
5. Ada yang advice masa tanam kena condongkan batangnya supaya anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.
Ads
8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batangnya akan jadi kurus.
9. Untuk yang tanam serai kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batangnya gemuk-gemuk, berat dan padu.
10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam saja takde lah ular nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.
Ramai yang tanam pokok pandan di rumah, cuma yang membezakan adalah kesuburan pokok dan daun pokok ini. Ada yang dah tanam tapi daun pokok pandan kecil, tak rimbun serta menguning.
Supaya pokok pandan yang ditanam subur, rimbun dan lebar-lebar daunnya boleh ikut tip dan petua ini. Boleh diguna pakai untuk pokok pandan yang ditanam guna tanah atau pun air.
1. Pokok pandan jangan diletakkan di bawah matahari terik sepanjang masa dan tidak boleh juga sentiasa di bawah teduhan. Letak di tempat separuh redup contoh di tepi rumah yang terkena cahaya matahari pagi namun terlindung dari panas terik.
2. Buang daun-daun kuning dan berpenyakit. Jangan dibiarkan melekat pada pokok kerana ia akan menjangkiti daun yang lain.
3. Biasakan siram pokok pandan 2 kali sehari, pokok pandan sukakan air.
4. Untuk kesuburan pokok boleh siram air basuhan beras atau atau basuhan ikan.
5. Supaya pokok pandan rimbun, jangan petik selagi belum keluar anak supaya tak terbantut proses tumbesar pokok.
6. Selain itu pokok pandan banyak daun dan lebar saiznya, tanam hanya satu pokok pandan dalam satu pasu. Jika ada anak pokok, potong dan keluarkan untuk ditanam dalam pasu berasingan. Ia supaya pokok tidak bersaing mendapatkan zat.
Walaupun pun hari hari masak lauk ayam tapi ramai sebenarnya tak tak tahu cara nak potong ayam.
Kadang-kadang terpaksa beratur lama untuk tunggu ayam dipotong bila beli di pasar raya.
JAdi elok juga jika kita belajar cara potong ayam. Caranya boleh ikut perkongsian peniaga ayam Krboyy Asnizam II.
Cara potong ayam basic, potong 14
Hari ini nak ajar cara amatur potong ayam, potong 14. Potong basic untuk peniaga ayam macam saya. Tapi sebelum potong pastikan beberapa perkara;
Ayam dah disembelih
Pisau tajam, kalau besar dan berat sikit lagi bagus. Kalau takde pisau besar, carilah batu lesung utk hentak sikit kat pisau nanti.
1. Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan peha.
2. Dah potong, tarik ayam hingga jadi dua bahagian. Ambil bahagian kaki macam ni dan potong dua.
3. Ini hasilnya.
4. Potong antara bahagian peha dan tight di bahagian sendi.
5. Potong 2 bahagian tight.
6. Ambil ayam bahagian atas pula dan tarik keluar isinya. Kosongkan.
7. Potong jadi 2 bahagian.
8. Ambil bahagian kepak tadi dan potong. Bahagian ini banyak isi. Untuk mudah potong, kelar dulu ikut saiz yang diingini, kelar sampai tulang dalam. Dah kelar barulah hentak sikit supaya ayam mudah putus. Ulang proses ini bahagian kepak satu lagi.
Sebelum ini pernah viral info tentang wang tak dituntut. Tapi dulu kita kena pergi ke agensi yang terbabit untuk semata-mata untuk periksa ada atau tidak wang tersebut.
Sekarang lebih mudah boleh buat secara online saja. Tak perlu beratur pun. Cubalah mana tahu ada rezeki terpijak macam wanita ini yang dapat lebih RM3 ribu. Boleh juga buat belanja atau simpan. Caranya dikongsi oleh Nurazlina Aini Mahamad.
Cara semak wang tak dituntut secara online
Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga.
Kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Since ada yang tanya nak check kat mana, ni saya kongsikan :
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...