Ramai yang tanam serai di rumah, cuma beza hasilnya. Ada yang tanam tapi serainya kurus dan tak rimbun, manakala orang lain tanam elok pulak gemuk dan banyak tunas sekejap dah merimbun.
Untuk dapatkan pokok serai yang banyak tunas dan merimbun ini ada caranya. Pertama sekali kena potong batang serai dengan kaedah yang betul untuk pastikan serai keluar banyak tunas dengan cepat.
Cara melakukannya ada dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini
Hari ini nak share tip tanam serai supaya banyak tumbuh tunas dengan cepat. Biasanya ramai yang tanam terus dengan batangnya. Itupun boleh, cuma tunas agak lambat akan keluar. Jom kita belajar cara mudah ini.
Bahan yang perlu ada
-Benih serai (beli di pasar) kalau tiada pokok serai
-Pisau
-Polibeg atau pasu
-Media cocopeat atau tanah
Cara-caranya
1. Langkah pertama ambil benih serai yang dibeli di pasar dan potong 1 inci dari ruas akar. Serai bahagian bawah ada ruas perasan tak?
2. Dari ruas itu ukur ke atas dalam 1 inci jer agak-agak dengan jari saja macam dalam gambar.
3. Kemudian sediakan cocopeat atau tanah dalam polibeg atau pasu dan terus semai. Letakkan benih serai yang dipotong tadi lalu benamkan separuh dari keratan.
4. Kemudian siram sampai lenjun untuk permulaan sahaja. Hari berikutnya siram seperti biasa pagi petang. Siram hari-hari.
4. Dalam 2 atau 3 hari kita akan nampak keluar tunas. Selepas itu terpulang sama ada nak alih dalam pasu besar ataupun biarkan sahaja dalam polibeg.
Cara ini akan percepatkan lagi proses pertumbuhan tunas serai yg banyak. Bila membesar pokok serai akan merimbun sebab banyak tunas.
TIP: Perlu dingat serai jika tanam dalam pasu atau polibeg anda kena selalu ambil serai. Jika tidak serai kurang membesar dan merimbun.
Selamat mencuba
Sumber: Muhammad Fertigasi Masa Kini