Tip Tanam Timun Dalam Pasu Termasuk Timun Jepun & Cara Penjagaannya
Disember 1, 2021
Share
Timun antara sayur yang kerap kita makan, jadi memang berbaloi sangat kalau nak cuba tanam sendiri. Ia juga sesuai ditanam dalam bekas kalau ruang tak mencukupi.
Bagi yang nak cuba tanam timun termasuklah timun Jepun boleh ikut tip yang dikongsi ini . Jimat belanja dapur, timun Jepun antara yang mahal harganya.
Tip tanam timun Jepun dan timun biasa
1. Penanaman dalam pasu atau bekas
Pokok timun termasuk timun jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Berikut cara penanaman yang boleh dipraktikkan.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya.
Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
2. Penjagaan
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas.
Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
3. Baja
Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting.
Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali.
Tinja ayam dan kompos sangat disukai pokok timun batang.