Roti jala antara hidangan pagi dan petang kegemaran ramai. Sekarang dah ada pula roti jala jelita dengan pelbagai warna.
Tapi sebelum buat yang itu kena tahu asas buat roti jala yang cantik iaitu cara bancuhan atau adunan tepungnya.
Bagi yang dah biasa buat mungkin sudah tahu sukatan atau bancuhan tepung yang sesuai, tapi buat yang baru mencuba atau amatur, boleh ikut tip mudah yang dikongsi oleh Huda Ayob ini.
Katanya untuk pastikan adunan roti jala dah cukup likat untuk ‘dijalakan’ dan hasilnya menjadi, boleh lihat lubang lusaran waktu kisar atau blend bancuhan.
Tip pastikan bancuhan roti cukup likat, tengok lubang pusaran
Saya cuba share ilmu mudah buat roti jala. Bagi pembuat roti jala amatur macma saya, setiap kali nak tau adunan tepung dah cukup likat untuk dijalakan cuma tengok “lubang pusaran”.
Pastikan lubang pusaran sebesar jari kelingking
Kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sedikit sampai lubang sebesar “jari kelingking”.
Ads
Pusaran besar begini bermakna kena tambah tepung
Lubang pusaran sebesar jari kelingking ini tanda bancuhan dah sempurna dan likat untuk dijalakan.
Jika lubang pusaran kecil dari jari kelingking, tambah air sikit. Insya-Allah hasil menjala elok menjadi.
Cara buat roti jala
Disertakan juga resipi yang digunakan untuk 25 biji roti jala
Ads
Bahan-bahan
1 biji telur
2-3 sudu besar santan/susu segar
2 cawan tepung gandum
1 cubit pewarna kuning/kunyit
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam blender.
2. Kemudian masukkan air sampai tenggelam tepung (dalam 2 cawan air/ikut cawan sukatan tepung)
Ads
3. Kacau untuk sebatikan guna sudip panjang.
4. Kemudian boleh kisar. Waktu inilah kena perhatikan lubang pusaran.
5. Dah dapat bancuhan yang sesuai masukkan dalam botol 5 corong untuk dapatkan hasil jala yang halus.
Tip ini juga boleh digunakan sewaktu membuat bancuhan kuih ketayap. Cuma lubang pusaran perlu besar (tambah air) supaya senang untuk ratakan dalam pan.
Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai. Melihat warna hijau nan segar kita pasti teringin menikmatinya.
Malah brokoli ini juga jadi sajian anak-anak kecil dengan mengolahnya menjadi puri. Tapi sayangnya ramai para ibu tidak akan mengamalkan cara betul membersihkan sayur ini dimasak.
Perlu diketahui di sebalik rumpun hijau brokoli itu, sayur ini mengandungi banyak sekali ulat halus tak dapat kita lihat dengan jelas dan tidak akan mati dengan cara membilas dengan air saja.
Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.
Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Sumber Facebook Masak Apa Hari Ni… Foto Fieza Nelson
Ada yang panggil apam Tokyo, ada juga yang sebut kuih manja. Apa pun namanya kuih ni memang sedap, nak makan boleh sekali ngap je.
Kuih ini ada inti kaya, kastard dan ada juga coklat. Cuma sekarang nak jumpa orang jual payah sikit. Kalau nak makan kena buat sendiri.
Cara nak buat pun rupanya tak susah. Bahan memang ada saja di rumah, inti pula boleh pilih mana suka dan senang nak buat. Kalau nak sedap, kulit buat garing sikit macam yang dikongsi oleh penjual apam Tokyo Izza Howzin.
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
3.Sendukkan perlahan-lahan atas pan non stick perlahan-lahan. Tak perlu guna minyak. Guna api sederhana.
4.Bila dah agak garing, calit inti & lipat.
Bahan untuk inti kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
Cara membuat:
-Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat.
-Bila buat pekat, inti tak meleleh.
Bahan untuk inti kaya
60g gula
125ml air panas
1sdb tepung jagung
170g gula
300ml santan
3bj telur
Daun pandan
Secubit garam
Cara membuat:
-Hanguskan 60g gula. Masukkan air panas. Bancuh bahan-bahan lain dan satukan semua dalam periuk. Masak sampai likat.
-Nak cantik licin macam kaya di kedai, dah siap jangan lupa blend. Memang cantik licin.
Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Ia jenis tanaman angka masa pendek untuk dapatkan hasil.
Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Tapi satu masalah yang selalu dihadapi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Kalau hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat. Insya-Allah akan berbuah lebat macam ini;
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
Foto: Facebook Rosnah Binti Hamid3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
Foto: Facebook Hashimah Mohamad Shariff6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...