Wanita yang bergelar Pengarah Urusan dan Pengasas Ellsee, Norsahida Mohamad Said ini sangat sibuk dengan urusan perniagaannya. Bukan setakat menguruskan perniagaan di dalam negara, namun Norsahida atau lebih mesra dikenali sebagai Sheda Said ini turut membawa jenama Ellsee ke peringkat antarabangsa misalnya di Kota London dan Brunei.
Walau sibuk, pada masa sama, beliau tidak mahu membuatkan anak-anaknya seramai empat orang itu rasa terpinggir. Anak-anak tetap keutamaan dalam hidup. Beliau tidak mahu menjadi wanita berjaya dalam perniagaan namun gagal meraih kasih sayang anak. Bagi Sheda, keseimbangan antara perniagaan dan keluarga perlu berada dalam landasan yang betul.
Melalui instagram, Sheda Said berkongsi tip yang diamalkan untuk membuatkan anak rasa dihargai dan sentiasa diperlukan oleh ibu bapa.
Hai ibu, mak, umi dan mama ❤
Ini mungkin boleh membantu – Cara tingkatkan Self-Esteem anak. .
? Puji anak dan selalu ucap perkataan yang buat mereka bangga pada diri mereka setiap kali dia siapkan tugasan yang diberi.Tips: Ucap dengan penuh emosi dan memek muka juga beremosi.
Contoh:
Wahhhh.. pandainya Kak Aeisya tulis huruf jawi ni. Mesti kak Aeisya boleh tulis lagi cantik lepas ni.
Walau sibuk, anak dan keluarga tetap keutamaan.
? Peluk dan cium mereka untuk beri mereka semangat dan tunjukkan kasih sayang.
Anak yang sentiasa di peluk ini tidak akan mencari kasih sayang orang diluar dari keluarganya kerana hati mereka sudah penuh dengan kasih sayang famili sendiri.
? Luangkan masa berborak dengan anak pasal kehidupan. Biar dia tahu erti kegagalan dan kesusahan, rasa sakit jika impian tidak tercapai.
Walaupun mereka belum faham sepenuhnya tapi mereka ingat memori kita berborak dengannya, mereka ingat apa yang kita cakap padanya.
Contoh:
Abang tahu tak kenapa ibu kena pi ofis? Sebab ibu nak cari duit. Duit tu ibu nak bayar yuran sekolah abang, sekolah adik. Ibu nak bayar duit rumah yang kita duduk ni, duit kereta yang kita guna pi mana mana.Atau
Tak mau lah sedih sedih. Mesti cikgu ada sebab kenapa cikgu tak pilih kakak masuk pertandingan mengaji tu.
Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Kadang kadang, apa yang kita nak tu kita dapat lambat. Abang faham? —
In sya Allah anak anak ni boleh faham dengan caranya.
Yang penting, dia dapat hargai dirinya sendiri dan rasa dirinya diperlukan.Betulkan? .
Kak Sheda,
Ibu yang SuperBusy
VK pun akan amalkan tip ni sebab anak-anak perlu kita berikan perhatian walau sesibuk mana pun kita dengan rutin harian.
Sumber: Sheda Said