Anak tengah duduk diam tiba-tiba meraung sebab kata ada benda dalam telinga. Bila disuluh nampak serangga di dalamnya. Memang panik dibuatnya.
Situasi begini mungkin pernah kita alami juga. Jadi apa perlu dilakukan. Perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari boleh dijadikan panduan.
5 langkah perlu buat bila serangga masuk telinga anak
Siapa yang pernah tengok anak meraung sakit sebab ada ‘benda’ bergerak-gerak dalam dalam telinganya, mesti akan teringat sampai bila-bila.
Ads
Ibu bapa sekali akan jadi panik, mati akal tak tahu nak buat apa bila berdepan dengan keadaan ini.
Berikut dikongsikan 5 langkah penting nak kena buat kalau ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga si kecil kita tu:
1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.
Ads
2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.
3. Cepat cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.
Ads
4. Sekiranya mak ayah boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.
5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.
Chopper jenis manual ini memang ramai yang beli untuk kegunaan di dapur, salah satunya jenama Tupperware ini. Kejadian biasa berlaku bila dah lama pakai adalah tali getah chopper putus.
Bila dah jadi begini memang kena tukar penutupnya (harganya pun boleh tahan mahal) atau ramai yang terus simpan tak guna lagi dah. Ada juga yang buang terus kerana sangka tak boleh dibaiki sendiri.
Sebenarnya kalau chopper jenis ini ada masalah dengan tali kita boleh saja baiki sendiri. Ramai tak tahu kan!
Sedikit perkongsian DIY cara tukar tali getah (elastic band) chopper Tupperware yang putus. Tak payah bazir duit beli lid atau penutup yang baru. Tali getah tu saya pakai mana yang ada. Kalau tiada boleh cari di Shopee.
1. Buka bahagian atas, cungkil dengan pisau/ skru driver.
Oleh kerana khasiat buah lemon yang banyak untuk kesihatan ramai yang cuba untuk menanamnya sendiri. Tambah pula harga buah ini agak mahal sekarang. Lagi jimat bila ada sepokok dua di rumah.
Masalahnya walaupun pokok lemon yang ditanam elok saja membesar tapi selalu terjadi pokok tak berbuah. Inilah rungutan yang biasa didengar. Bila Umm Nurul memuat naik gambar pokok lemon yang ditanam di dalam satu hantaran di Facebook Berkebun Di Tepi Rumah ramai yang teruja dan memintanya berkongsi tip bagaimana pokok lemonnya berbuah lebat.
Menurunkan tip ringkas yang dipraktikkan kata Umm Nurul pokok lemonnya ini berusia lima tahun dan ditanam di atas tanah menggunakan baja dan tip berikut hingga berjaya berbuah lebat;
– Guna baja rumput dan juga air beras. Boleh juga gunakan baja ikan.
– Siram air beras bukan saja di pangkal pokok tapi juga di bahagian daun dan pucuk-pucuknya. Air beras ini banyak khasiatnya, bukan saja pokok cepat membesar tapi juga perangsang pokok berbuah.
– Jika daun dimakan ulat, bancuh air kulit bawang bersama dengan sedikit cecair pencuci pinggan dan sembur pada daun yang bermasalah.
Tip ekstra
Selain baja, pokok lemon kena sentiasa dicantas hujung dahan dan daunnya barulah akan keluar tunas baru, seterusnya berbunga dan berbuah.
Asam pedas antara lauk yang jadi kegemaran ramai tapi ramai juga yang masih belum tahu cara memasaknya. Ada juga yang dah cuba tapi tak menjadi.
Jadi kalau korang antara yang baru nak belajar memasak asam pedas boleh ikut resipi perkongsian Lin Zalika ini.
Cara buat asam pedas tapi stail Johor. Caranya memang simple, hanya guna bahan asas, tak banyak rencah tapi sedap cukup rasa.
Asam pedas biasa tapi terasa, tak guna banyak rencah
Ada yang nak belajar buat asam pedas.
Tak menggunakan daun kesum dan serai
Asam pedas biasa tapi terasa. Tak banyak guna rencah.
Kita belajar buat mulakan dengan bahan asas dulu
Bahan-bahan
5cm halia
2cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4,5 ulas bawang merah
*Kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering
5-6 ekor ikan
2 keping asam keping atau asam jawa
1 cawan minyak masak
700ml air
Penggunaan halba bergantung jenis ikan seperti kalau guna ikan mayong, duri, pari, patin, sembilang
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masuk lada kering, tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.
3. Masukkan air dan garam, lebih kurang 2 sudu kecil serta bahan perasa.
4. Tunggu kuah mendidih, barulah masuk ikan dan asam. Biar 3 minit kemudian tutup api. Siap.
TIP
Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama.
Resipi ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak.
Kalau masak asam pedas johor, sekiranya dah guna daum kesum tak perlu tambah bungga kantan nanti bau jadi bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas Johor.
Penggunaan daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan ikut cita rasa masing-masing atau ikut padaikan daging ayam dan telur ikan.