Tokoh OKU Maal Hijrah 1440 Hijrah/2018 peringkat negeri Terengganu ialah gadis manis bernama Haziqah Nurulhuda Harun. Kisah gadis ini yang tetap gigih mengusahakan perniagaan telah membuatkan dia terpilih untuk menerima anugerah tersebut.
Gadis ini mesra dipanggil Yaya. Sejak tahun 2016, Yaya mengusahakan kuih bakul dan kuih bulan secara bersendirian. Namun kini selepas dua tahun giat dengan perniagaannya, Yaya telah mempunyai 65 orang pekerja untuk membantunya.
Baru berusia 22 tahun, kejayaan Yaya telah memberikan inspirasi untuk ramai OKU di luar sana yang pasti boleh berjaya jika rajin berusaha walaupun berkerusi roda.
Melalui facebook Yaya, ramai kawan yang memberikan ucapan tahniah untuk gadis ini. Salah satunya ialah akaun facebook Azzalina Aziz.
Contohi semangat dan keyakinan tinggi
Hebatnya tokoh Maal Hijrah 2018
untuk kami warga rakyat terengganu contohi ..
Keyakinan semangat yg tinggi
Yaya VictoryYayaMemberi impack yg kuat utk k.za dan imanis hijab merasai kekuatan semangat founder bg moon kek yg paling legend..
Pilihan yg hebat dgn memakai tudung imanis utk menerima anugerah sehebat itu..
Semoga imanishijab menduplikasikan kehebatan founder yaya..Aminn..
Sumber: Yaya Victory Yaya
Imej Baru Ainan Tasneem, Kini Berniqab. Aura Cantik Tetap Terserlah Meski Wajah Berlitup
Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang mengikuti instagram penyanyi kelahiran You Tube, Ainan Tasneem pasti perasan sesuatu yang berbeza tentang dirinya.
Sejak menyambut 1 Syawal, Ainan yang mendirikan rumah tangga tahun lalu dilihat tampil dengan niqab menutup wajahnya. Semua gambar yang dikongsi sejak itu juga tiada lagi memaparkan wajahnya.
Malah ibu kepada cahaya mata perempuan Ainan Salsabila ini juga telah menutup semua parasnya di instagram menggunakan emoticon.
Allah tahu apa yang terbaik
Comel la anak dia
Dah bertutup
A post shared by A I N A N T A S N E E M (@ainantasneem92) on
Imej baru Ainan ke arah yang lebih baik ini juga mendapat reaksi daripada peminatnya di ruangan komen bila kali pertama Ainan memuat naik gambarnya berniqab. Rata-rata mendoakan agar Ainan terus istiqomah dengan perubahan dirinya.
Sebelum ini Ainan yang pernah popular dengan lagu 150 juta kali, telah mengambil keputusan bersara dari bidang nyanyian selepas beliau mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu untuk menjadi seorang isteri dan ibu sepenuh masa.
Sumber:ainantasneem92
‘Saya Baca Dia Betulkan’ Irma Hasmie Akui Belajar Mengaji Dengan Suami Kukuhkan Ikatan Suami Isteri
Tatkala pasangan suami isteri lain menjadikan percutian atau candle light dinner sebagai usaha mengerat hubungan dan kasih sayang, Irma Hasmie pula punya cara tersendiri yang dilakukan bersama suami.
Semenjak kehadiran anak-anak, pelakon dan pengacara ini merasakan satu keperluan untuk mewujudkan persekitaran al-Quran di rumah.
Justeru tanpa rasa segan Irma membuka kitab al- Quran dan belajar mengaji daripada suami sendiri yang menurutnya lebih mahir daripada dirinya.
“Al-Quran itu mukjizat untuk umat Islam. Ada banyak kelebihan dan keberkatan bila membacanya. Sama seperti solat berjemaah mengaji al-Quran bersama pasangan itu juga merapatkan silaturrahim.
“Saya sendiri banyak belajar mengaji dengan suami selain ikuti kelas khas. Saya baca dan suami akan betulkan bacaan yang salah memandangkan dia lebih mahir mengaji daripada saya.
” Kami lakukannya bila ada masa terluang. Selalunya bila petang hari selepas selesai segala urusan rumah kami buka al-Quran. Dapat baca dua tiga muka surat pun memadai,”ungkapnya.
Jelas Irma lagi bila ada hasrat untuk memperbaiki diri tidak perlu ada perasaan segan atau malu untuk belajar mengaji daripada suami.
“Lagi pun biar malu belajar daripada malu tak tahu. Sebenarnya belajar mengaji dengan suami sendiri ini bantu membina ikatan suami isteri yang lebih kuat. Kesannya sama seperti masa kita mengajar anak.
“Perkara ini saya praktikkan semenjak ada anak-anak. Kami sedar adalah penting untuk membawa persekitaran yang positif ini di rumah demi kebaikan mereka.
“Justeru kami yang kena mulakan supaya anak-anak juga ikut,”ujar ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun
Ikatan jadi makin rapat
Perkara yang sama turut diakui oleh Noor Marzilah Abdul Muttalib, ibu kepada peserta Qari Junior Musim ke-6 Muhammad Harith Hakimi yang juga antara 24 peserta khas memperdengarkan bacaan al Quran dalam program Malaysia #QuranHour Jun lalu.
Turut mempraktikkan cara yang sama dengan Irma Hasmie, Noor Marzilah mengakui belajar mengaji daripada suami memberi kesan dalam membina rumah tangga yang harmoni.
“Bonding atau ikatan akan jadi semakin rapat. Ia juga sebenarnya masa berkualiti dengan keluarga daripada kita habiskannya dengan melayan handphone sendiri-sendiri.
“Lagi pun bila kita belajar mengaji depan anak-anak, mereka akan hormat ibu dan ayah yang sama-sama membaca al Quran dan bukan hanya menyuruh anak-anak melakukannya.
“Walau pun suami tegur dan betulkan bacaan saya depan mereka tapi tak mengapa kerana niat itu adalah untuk belajar,”ujar isteri kepada Mohd Rostan Mohamad Nasir.
Jelasnya pada peringkat awal mungkin ada isteri yang berasa segan tapi lama-kelamaan akan menjadi biasa.
“Malah pada masa itu pasangan akan merasai hikmahnya yang membantu mengeratkan ikatan suami isteri,”katanya.
“Iwan Punyalah Kaya, Tidur Atas Duit Tapi Hati Tetap Tak Bahagia Sampailah Dia Sujud…”
Isi Kandungan
Toggle
Hidayah Allah akan diterima kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba, kita berdoa supaya Allah menganugerahi kita hidayah kerana itulah salah satu cara untuk mendapat balasan syurga.
Pencetus Ummah Amin (PU Amin) di instagram telah memuat naik gambar bersama penyanyi dangdut tersohor suatu ketika dulu, Iwan. Penampilan Iwan pada hari ini amat berbeza. Selesa berserban dan berjubah sahaja.
Dalam kapsyen, PU Amin menulis lirik lagu Iwan yang bertajuk Solatlah Dulu.
Namun yang lebih menarik untuk dibaca ialah kisah hidup Iwan yang diceritakan secara ringkas.
Lirik Solatlah Dulu
“Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah..
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah….”
Iwan punya kaya payah nak cerita, tidur atas duit
LEGEND Iwan DangDut . Dia punya kaya payah nak cerita la . Dulu sebulan dia ada 20 konsert , satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi hati tak tenang
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Jauh daripada Allah, kini hidup atas jalan dakwah
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah..
TQ abg iwan teman makan asam pedas ikan sembilang ❤️❤️❤️
VK paling ingat lagu Iwan yang bertajuk Wulan. Zaman tu memang hits sungguh lagu-lagu Iwan ni. Tahap popular Iwan masa tu kalau boleh disamakan macam penyanyi Hael Husaini kot. Sana sini orang kenal. Tapi perubahan Iwan ni sungguh menyejukkan hati. Alangkah bagusnya dia infaqkan harta ke jalan Allah. Semoga Iwan bertemu dengan apa yang dicari. Amin.
Sumber: PU Amin