Selepas majlis akad nikah dan bertandang, sebenarnya ramai yang tertunggu-tunggu penampilan Shila Amzah di majlis resepsinya.
Memilih putih dan warna merah biji kundang untuk dua majlis sebelumnya, peminat menjangka busana pilihan penyanyi yang popular di negara China ini mungkin menjadi busana wedding of the year.
Tidak meleset banyak, ternyata malam tadi Shila mengejutkan semua hadirin dengan gaun pilihannya.
Memilih rona yang di luar jangkaan, Shila menolak tradisi warna baju pengantin warna putih atau pastel bila mengenakan gaun leret rona hitam rekaan Azura Couture untuk majlis tersebut.
Biar ramai terkejut dengan penampilan pengantin perempuan yang bertema black elegance, yang pasti isteri Haris Idraki Elias ini tetap tampil anggun dan menawan dengan rona tersebut.
Didampingi Haris yang segak mengenakan sut, Shila memukau hampir 800 tetamu majlis dengan gaun hitamnya.
Akur dengan cita rasa manusia berbeza, walau ada yang merasakan gaun hitam bersama lining coklat yang dikenakan Shila cukup cantik tapi tak kurang juga yang berasa sebaliknya, menganggap warna tersebut tidak sesuai dengan majlis perkahwinan.
Ketika hamil wanita perlu lebih menjaga diri dan banyak berehat demi bayi dikandung. Meskipun berasa mampu tapi tetap perlu ada had untuk melakukan tugas atau kerja agar tidak kesihatan ibu dan bayi.
Namun malangnya hari ini ramai bakal ibu terus menerus melakukan tugas yang ada kala berat dan dibiarkan oleh pasangan atau pun ahli keluarga tanpa rasa bersalah.
Melihat situasi ini pelakon Diana Danielle meluahkan kekecewaan dalam status di instagram miliknya. Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini juga menyelar pasangan yang enggan membantu isteri hamil melakukan kerja rumah.
Status yang dimuat naik dua hari lalu ini mendapat sokongan daripada netizen terutama kaum wanita.
Paling kecewa kalau nampak wanita mengandung masih diharapkan buat semua perkara yg dibuat sebelum mengandung. Tengok gambar ni elok2, kalau dah nak anak tu jaga lah orang yg mengandungkannya juga.
Memang susah nak faham kalau tak pernah mengandung, cuma fahami yang bila kita bawa baby dalam perut tu mesti akan sentiasa (ya sentiasa) kita rasa berat, lesu, sakit belakang, lapar (selalu), walau dah tidur 8 jam masih rasa perlu tidur lagi 8 jam (especially 4 bulan pertama dan bulan terakhir), tak larat jalan sebab kaki bengkak/sakit, cramp perut (braxton hicks) especially kalau buat kerja rumah tunduk2 banyak, angkat barang… dan masa tu je la ibu mengandung tu dapat rehat sebelum baby arrive dan terus akan dipikul tanggungjawab bangun malam2, tahan mata siang hari, menyusu badan 24/7, etc etc.
Sooo kalau nak mula berkeluarga janganlah lupa bukan senang untuk para wanita ada tenaga dan motivasi mcm org biasa. Kerja rumah takkan “disappear” dengan sendirinya, mesti ada org kena buat, baju yg berlonggok, pinggan mangkuk yang bertingkat, lantai yg penuh sisa makanan dan habuk takkan hilang kalau tak ada yg sanggup ambik initiative utk pikul dan anak2 yang lain (kalau bukan anak pertama) pun perlukan pantauan dan jagaan kasih sayang kalau mak tu tak larat nak jaga.
(Last2 mak boyot tu jugak yang gigihkan diri buat sbb tak larat tgk keadaan sekeliling, hey apakah ini?!) Kalau dia dah jaga rumah dan anak elok2 waktu sebelum mengandung, tak salah kalau kita (suami/anak2 yang dah besar) jaga keadaan rumah dan ibu tu elok2 juga time dia tak berupaya utk bagi the best of her sbb mengandung dan berpantang.
Jangan pandai kahwin je k. Paham dak? (Tak guna badan sado tapi angkat pinggan kotor pun mcm angkat dumbell 100kg) Yang ibu mengandung pun, buat je apa yg mampu jangan buat lebih dari apa yg mampu sebab kalau dah rasa overstressed tu you CAN say “im tired, im pregnant, help me”, itu bukan alasan, itu kenyataan. So jgn malu2 nak ckp, i tak larat, yang penting baby selamat and ibu selamat. sekian, D #generalmessage #nasihatjekay
Antara komen netizen
eyzan87_Setuju..kdg2 lelaki x faham apa yg kita prempuan rasa(x semua lelaki la)nak anak tp jaganya tidak,alasan x reti,x pandai bla bla..main kejap dgn anak acah acah pastu kluar lepak gn kwn tgal baby dgn isteri dlm pantang..lelaki mcm ni kita perempuan perlu fikir masak2 untuk ada anak yg kedua??
umiecity_Kite yg mengandung x larat bukan buat2…sume perasaan ade….kene yg paham x pe…kene yg x paham siap perli2 kite…mcm la x penah ngandong….adoh…..sakit perasaan kite…dia ingat ibu mengandong sume same…lg kalu dah lanjut usia…x de tenaga cam ner nak buat keje….Allah dah bg rezeki kite kene terima…walau kite x larat kene jaga amanah yg Allah bg….ermmm…sabo jer lah…
noriatinz_Setuju.Dari pengalaman sendiri…slps anak ke3…hampir lumpuh (masalah urat)…sbb selama ni mmg sendiri yg urus….naseb maseh bole brjln setelah berubat…
apzahap_True….apalagi kalau ibu tu berkerja. Di rumah keja di opis pun keja. Setakat ni hubby selalu tlg cuci and sidai kain. Mandikan anak2 yg lain. Itu pun ibu2 dah rasa bersyukur.
shafiraemyzaaa_Betul tu kena ada kerjasama antara suami isteri. Suami n anak2 kena prihatin jugak ok. Good message to everyone.
Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen untuk menambah ketinggian di instagram.
Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun instagram Neelofa baru-baru ini. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, posting itu tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.
Bagaimanapun screen shot tentang posting tersebut telah banyak dikongsi di media sosial dan mendapat respon netizen. Kemudian ditambah pula dengan posting dari pelakon muda Elfira Loy di media sosial yang mendakwa produk peninggi badan ini berkesan buat dirinya hingga mendapat kecaman.
Tidak mahu pengguna terpedaya ramai pengamal perubatan memberi respon terhadap isu ini. Salah seorangnya adalah Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menurut beliau produk peninggi tubuh yang banyak dijual di pasaran adalah paling memusykilkan. Beliau memberikan tiga fakta yang seharusnya difikirkan oleh pengguna akan kelogikannya sebelum mengambil produk ini.
PUTIH, KURUS, & TINGGI : Itulah definisi cantik pada mata masyarakat kita.
Oleh itu, permintaan untuk produk pemutih, kurus atau peninggi, amat rencam. Antara produk ketiga-tiga produk ini, peninggi adalah yang paling banyak memusykilkan.
1. Ada produk menjanjikan tambahan ketinggian tidak terikat pada umur pengguna. Hakikatnya, selepas umur 19-21 tahun, secara fisiologinya, ketinggian tubuh sudah tidak bertambah kerana tulang sudah matang dan tidak akan memanjang.
2. Ada produk menggambarkan kadar peninggian sebanyak 1 cm seminggu, dan penambahan maksimum sebanyak 5-15 cm. Ketika kanak-kanak pesat membesar, kadar peninggian pun hanya lebih kurang 1-1.5 cm sebulan.
3. Ada produk yang dakwa negara-negara Asia lain melihat penambahan ketinggian rakyatnya secara umum kerana meraka mengambil produk peninggi. Ini tak benar sama sekali.
Jika anda dah lebih 21 tahun, tak perlulah kiranya ambil apa-apa produk untuk tambah ketinggian. Tak membantu.
Cantik itu adalah bila tubuh kita sihat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Unit Rehabilitasi Medtweetmy
Mudah dan ringkas penjelasan doktor ini. Harapnya pengguna faham, tak perlulah nak membazir duit beli produk begini. Rugi duit ok lagi tapi kalau kesihatan terjejas dek pengambilan ubat yang tak diketahui statusnya ini lagilah menyesal tak berguna.
Aduhai kesian betul dengan anak Harris Baba, terjejas pipi tembam dia.
Malang tak berbau bila anaknya Aleena Zeya melecur di muka dan tangan selepas ditimpa penutup lampu panas yang terjatuh.
Perkara tersebut dikongsi oleh Harris dalam satu entri di intagramnya semalam. Menurut penyanyi itu kejadian tersebut berlaku di butik jenama antarabangsa, di sebuah pusat membeli belah di ibu kota Ahad lalu.
Ujar Harris anaknya itu bagaimana pun sudah dirawat dan kecederaan anaknya itu dijangka mengambil masa lebih kurang sebulan untuk sembuh. Aleena juga perlu mendapatkan rawatan laser selepas itu untuk menghilangkan parut terjadi akibat melecur.
“Akibat kecuaian pihak lain Aleena yang terpaksa menerima kesannya. Mujurlah ia bukan melecur tahap tiga, jika tidak kesannya akan kekal sepanjang hayat.
Namun begitu Harris bersyukur penutup lampu tersebut tidak terkena pada bahagian mata yang mungkin boleh menyebabkan Aleena buta.
Dalam pada itu dia dan isteri telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengupah peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.