Kisah tiga beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa bersama adik bongsu mereka maut dalam kemalangan di Teluk Intan Perak baru-baru memang memilukankan.
Manakan tidak mereka meninggalkan anak-anak yang masih kecil, masih bersekolah rendah. Terus terlintas di fikiran bagaimana nasib mereka, siapa yang akan menjaga, mengurus dan paling penting menyambung tugas ibu bapa memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak ini.
Kejadian anak yang menjadi yatim piatu sekelip mata ini juga sering kali kita dengar tapi apa yang seharusnya kita belajar daripada tragedi ini.
Perkongsian seorang ibu bernama Mahirah ini mungkin boleh menyedarkan kita tentang persediaan kita sebagai ibu bapa menghadapi perkara tidak dijangka seperti ini kerana ia juga boleh terjadi kepada kita.
Kalau kita tiada, anak-anak tinggal dengan siapa
Semalam selesai solat Isya’ suami bertanya,”Kalau kita dua-dua takde, nak tinggalkan anak-anak dengan siapa?”. Termangu.
Yang bongsu sedang dipangku. “Tak taulah…Tapi kena fikir…”“Anak kita bukan sorang. Tiga orang”.
Baru tadi diceritakan kisah tiga beradik yatim piatu sekelip mata. Ini bukan kali pertama terpapar berita sebegini.
Ini hakikat hidup. Terjadi pada mereka, boleh juga terjadi pada kita. Cuma tak tahu bila. Terus di mesej rakan baik, seorang peguam. “Babe do you write will?”.
Serius. Emosi ke tepi. Ini soalan serius.Yang pergi sudah selamat dikandung tanah, menghadap perhitungan di alam lain. Tetapi…Yang ditinggalkan terbeban dengan AMANAH.
Siapa akan jaga anak kalau ditakdirkan kita tiada
PENJAGAAN ANAK diharapkan pada siapa? Siapakah paling layak membesarkan anak-anak kami? Sanggupkah pihak yang dipercayai mengambil tanggungjawab ini? Anak-anak paling selesa dengan siapa?
Ditanya pada yang sulung, “Kalau Babah dengan Ummi takde, Abang nak duduk dengan siapa?”
“Dengan Babah”.
“Kalau Babah dengan Ummi takde pergi work jauh jauh?”
“Dengan Ummi”.
“Kalau Babah dengan Ummi dua dua pergi jauh jauh jauh jauh jauh jauh jauh, Abang nak duduk dengan Jiddah ke, Ami ke Nda?”.
Ads
“Dengan bibik dengan adik”.
Allahu, you’re so innocent my child.
Fahaman dia kalau Babah dan Ummi pergi ‘work’, dia di rumah dengan adik-adik, tempat paling selesa baginya.
Soalan masih belum terjawab. Siapa yang akan diamanahkan anak-anak kami? Nenek dan atuk memang rapat dan menyayangi, tetapi semakin meningkat usia. Ibu dan bapa saudara memang prihatin, tetapi baru membina keluarga sendiri.
Apa pun janganlah dipisahkan tiga beradik ini. Siapa pun yang diberi amanah berat ini, perlu persetujuan ikhlas mereka sebaiknya secara bertulis bagi mengelakkan konflik di masa hadapan.
Siapa akan urus wang peninggalan kita
PENGURUSAN KEWANGAN bagaimana? Siapa yang akan menguruskan wang peninggalan kami? Berapa banyak hutang yang perlu dilangsaikan? Cukupkah keperluan anak-anak?
Nasib baik ada sedikit perlindungan Takaful. Kalau tiada langsung? Walaupun ditinggalkan WANG HIBAH TAKAFUL sejuta ringgit nilainya sekali pun, cukup atau tidak untuk anak bertiga sampai mereka dewasa?
‘Cukup’ = Gaji setahun x 24 tahun (perkiraan sehingga anak bongsu tamat belajar dan boleh berdikari)
Tolak pula pembahagian wang mengikut Faraid.
DUIT EPF pula, nama siapa yang akan disenaraikan untuk pengeluaran? Anak-anak kami semuanya belum berusia 18 tahun. Bagi memudahkan, elok jika kami membuat penamaan seorang waris yang dipercayai supaya proses pengeluaran mudah dan cepat.
Ads
Duit dalam bank yang tak berapa banyak tu, macam mana? Nombor pin ATM, nombor akaun, username dan password penting yang lain wajar untuk dikongsi sesama suami isteri dan juga waris yang dipercayai. Buku Tabung Haji dan dokumen-dokumen penting elok simpan sekali.
Rumah, kereta macam mana disimpan atau jual?
PENGURUSAN ASET pula bagaimana? Loan rumah diuruskan siapa? Kereta dijual atau disambung bayar? Rumah ditinggalkan kepada siapa sementara anak-anak dewasa? Harta benda yang lain disedekahkan atau disimpan untuk anak-anak? Banyak perlu difikirkan. ‘SOP’ perlu ditinggalkan supaya tidak memeningkan pemegang amanah.
Buatlah persediaan untuk pendidikan anak-anak
PENDIDIKAN anak-anak apakah jalannya? Tadika mana, sekolah mana menjadi pilihan? Ditahfizkan atau ke aliran utama?
Kos persekolahan pula semakin meningkat. Dianggarkan untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013-2017 yang akan ke IPT pada tahun 2031-2035, sekurang-kurangnya RM 35,000 diperlukan. Itu pun untuk kursus yang tidak kritikal. Anak-anak dah dibuatkan akaun TH dan SSPN-i. Tapi siapa pula nak sambung tolong menabung?
Siapa yang akan ganti tempat kita sebagai ibu bapa?
Ini yang paling penting, SOKONGAN EMOSI dan KASIH SAYANG. Siapa yang akan mengganti tempat kami? Ketiga-tiga anak sejak yang pertama, sesudah lahir saya siapkan account e-mail.
Bila kesempatan, diutus coretan buat kenangan dan pedoman terutamanya dalam ketiadaan nanti. Antara ketakutan paling besar, saya ditakdirkan pergi tanpa sempat mereka mengenali saya, menghafal kehangatan pelukan Ummi.
Terbayang wajah anak-anak yang pasti ikut ke pintu untuk memeluk dan bersalaman setiap kali kami keluar meninggalkan rumah.
“Abang good boy jaga adik-adik kat rumah tau. Kejap lagi Ummi Babah balik ye”.
Ads
Berani betul berjanji.
Allahu…Anak-anak kami masih terlalu kecil. Melafazkan Al-Fatihah untuk mendoakan kami sahaja belum mampu.
“Kalau Babah dengan Ummi takde, abang boleh jaga adik-adik tak?”
“Boleh!”.
“Abang sayang adik-adik?”.
“Sayang! Sayang semua!”.
Jawapan ringkas yang sangat ikhlas. Tetapi apa yang anak ini faham tentang kehilangan?
“Maybe we should start travelling in separate cars”.
Saling tersenyum. Mata berkaca. Hanya mampu berusaha membuat persediaan serapi mungkin dan terus berdoa…
Ya Allah, berkatilah hayat kami, panjangkanlah hayat kami agar kami dapat menjalankan amanah kami sesempurna daya, simpulkanlah pengakhiran hayat kami dalam keadaan yang baik dan diredhai. Ameen.
Semoga catatan ibu ini menjadi pengajaran untuk kita agar membuat persediaan supaya bila berlaku perkara tidak dijangka anak-anak yang kita tinggalkan terjamin kehidupan mereka.
Kisah bayi maut akibat tersedak susu memang sudah banyak kita dengar. Kebanyakannya berlaku tanpa ibu bapa atau pengasuh sedar.
Kejadian yang sama berlaku kepada Anita Zizul. Namun mujurlah ia cepat disedari dan anaknya yang sudah bertukar kebiruan itu sempat diselamatkan.
Sebagai pengajaran, Anita yang yang sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku berkongsi kisahnya.
Ibu takkan lupa yang terjadi malam itu
Ibu mintak maaf adik. Ibu sambil lewa, ibu lalai. Ibu tak jaga adik Adam dgn baik. Semua sebab ibu…? Ibu takkan lupa apa yg jadi malam tu.
12/9 ibu takut, ibu berdebar2, ibu trauma! Dua malam ibu tidur tak lena sayang. Ibu akan ingat sampai bila. Pukul 10 mlm ibu bagi adik susu. Lepas 30 minit ibu masuk adik dlm buai. Adik tido tak lama lepas tu dengar adik nak muntah.
Ibu angkat adik cepat-cepat. Adik muntah banyak sampai keluar kot hidung. Badan adik panas ibu terbalikkan adik, tengok muka adik semua biru. Tangan kaki adik sejuk sangat.
Ibu rasa lain sangat, ibu ajak abah pegi hospital cepat-cepat. Ibu marah abah suruh abah bwk kete laju2. Abah diam je tapi ibu tahu abah pun risau sama.
Ibu lari depan pintu sambil jerit panggil doktor
Ibu panggil adik banyak kali adik cuma ek ek ek aje. Adik tak buka mata, adik lemah, adik lembik, ibu nangis ibu jerit suh adik bukak mata.
Ibu jerit suh adik bangkit, adik tak nangis adik senyap saja. Adik dlm pangkuan ibu.?? ibu terus doa, zikir, ibu cakap dlm hati. Tlg aku Ya Allah…selamatkan anak aku! Sampai di wad kecemasan abah turunkan ibu dan adik.
Ibu lari sambil pangku adik smpai depan pintu ibu jerit..doktor mana doktor! Doktor tolong. tolong anak saya. Ibu nangis. Ibu merayu. Ramai org tengok ibu peduli.
Doktor suh letak adik atas katil, adik diam aje takde bunyi, ibu cakap lagi ‘Tlg anak saya doktor! 6 – 7 org doktor campur misi pegi dekat adik. Diaorang suh ibu tunggu luar. Tak lama pastu ibu dengar adik nangis kuat. Bunyi mesin tut tut tut kejap kuat, kejap slow.
Tangan ibu menggeletar
Hati ibu tambah debar, tangan ibu menggeletar, ibu terus berdoa Allah…selamatkan anak aku!!!? Abah peluk ibu, abah cakap insya Allah adik takde apa-apa.
Tak lama lepas tu doktor panggil ibu, doktor tanya apa yg jadi di rumah. Lepas cerita semuanya doktor bagitahu adik mungkin TERSEDAK SUSU.
Demam adik tinggi .Nafas adik laju doktor panggil ibu tgk adik. Ibu nampak adik pakai oksigen dan masuk air. Adik lemah ibu ckp2 dgn adik, adik tengok saja ibu. Doktor bagitahu adik kena admit, nak kene ambik darah n x-ray.
Tahniah kepada pelakon, Diana Amir yang baru menimang anak ketiga baru-baru ini. Semoga sihat sentiasa dalam tempoh berpantang. Nampaknya Khawlah Al Azwar dan Khadija Az Zehra dah dapat adik baru. Kali ini anak Diana ialah lelaki pula.
Dalam instagram, Diana mengatakana sepatutnya dia melahirkan pada hari ini, namun telah bersalin lebih awal. Diana turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusannya dipermudahkan.
Terima kasih atas doa
SubhanAllah alhamdulillah , diana terharu dengan doa2 drp semua, drp awal pregnancy sampailah selamat melahirkan pg td.. Terima kasih banyak2, semoga Allah pulangkan kebaikan kpd awak2 semua ✨
Doa sakit kuat supaya cepat bersalin
Ikutkan due date ari isnin tapi Allah nak bg anugerah awal and actually, mmg diana doa utk sakit contraction yg amat sgt, then akan cepat je dpt lahirkan baby.. After 5 mins masuk labour room baby dah keluar ❤️ thanks syg bekerjasama dgn mummy td .
thanks juga kat doktor2 and nurses yg comel2 and baik2 kat @hospitalumra . my 3rd baby kat hosp umra dan sentiasa boleh bergantung pd professionalism and friendliness mereka ❤️❤️
Semoga yang ikhtiar hamil cepat dapat anak
Diana doakan yg belum dikurnia zuriat , akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin! .
kpd yg bakal melahirkan, u can do it!!!!! Pasti Allah tidak sia2kan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa2 dgn cara yg indah
Doakan bayi sihat
Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija ? diorg belum jumpa lagi adik diorg ni hahahaaa! #mummynervous . . Yayy!! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on!
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...