
Kalau di rumah ada almari dapur yang lama macam ini dan masih elok boleh tranform ikut idea yang dikongsi oleh Erna Ezaety Bahar.
Modal cuma cat saja. Makeover begini lagi murah daripada beli kabinet baru.
Untuk almari begini cuma guna 2 tin cat yang 1L. Harga 1 tin cat tak sampai RM20 pun. Warna boleh pilih ikut cita rasa.
Kemudian boleh tampal kayu shiplap pada pintu almari untuk dapatkan effect border yang eksklusif. Tak payah susah susah paku, kita guna gam kayu.
Ini cat yang digunakan. Boleh klik SINI untuk beli.
Kemudian boleh tukar sikit pemegang almari, ada banyak pilihan di Shopee, yang ini pun cantik. Dah tukar hasilnya terus nampak macam kabinet mahal.
Hasil transformasi
Selamat mencuba
Sumber: Erna Eazaty Bahar & Fad Alya
Jangan Simpan Duit Kertas & Syiling Dalam Satu Tabung. Boleh Reput Macam Ini, Rugi!

Biasanya setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dalam rumah.
Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit reput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.
Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.
Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.
Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k
Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.
Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.
Edit: Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.
Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.
Boleh baca : Jangan Buang Duit Kertas Yang Koyak & Reput, Boleh Tukar Di Bank Negara
Sumber: Lily Noorly Mohd Noor
Begini Cara Pilih Kemeja Lelaki Yang Betul. Kena Tengok Jenis Lipatan

Isi Kandungan
Toggle
Kalau beli kemeja selalu yang lihat oleh kaum lelaki adalah warna, corak dan saiz. Nampak cantik, saiz sesuai terus beli.
Tapi sebenarnya ada beberapa lagi perkara yang perlu ambil kira jika beli kemeja. Sebab selain corak, saiz kemeja juga dibezakan mengikut potongan dan teknik lipatan.
Ramai yang tak perasan bahawa kemeja lelaki ada lipatan tertentu yang disesuaikan ikut potongan badan lelaki. Jadi sebab itu kena pilih yang sesuai. Kalau dada bidang atau perut buncit ada potongan khusus.
Ketika memilih, perhatikan lipatan di bahagian belakang kemeja terlebih dahulu.
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan atau Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
3. Tiada Lipatan atau Pleatless
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Sumber: Harry Hamid
5 Cara Teguran Yang Tak Akan Mengguris Hati

Isi Kandungan
Toggle
Bila pasangan, ahli keluarga, rakan, sudara yang buat salah ada yang sanggup tengok atau memendam rasa daripada menegur.
Sebabnya takut kalau ditegur nanti sentap atau orang yang ditegur sakit hati. Susah juga kan. Bagi korang yang dalam dilema ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Dalam satu sesi ceramahnya beliau menurunkan tip atau cara paling mudah untuk memberi teguran tanpa menyakiti orang tu.
1. Niat
Apa yang penting niat. Sebelum menegur betulkan semula niat dan fikir balik apa tujuan kita untuk menegur. Kalau sekadar tegur untuk menyakiti bukan setakat tak boleh betulkan keadaan malah memburukkan lagi.
2. Lafaz Doa Sebelum Menegur
Ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Musa untuk melembutkan Firaun.
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”. (surah Taha:25-28)
3. Selitkan puji-pujian
Walau berhemah macam mana pun cara kita menegur, pasti sedikit sebanyak akan buat orang tu berkecil hati. Jadi selitkan lah sedikit dengan pujian supaya sejuk semula hati orang tu.
4. Straight to the point
Kalau nak tegur straight to the point je. Tak perlu nak kaitkan dengan hal lain atau berdolak dalik. Dan elakkan mengungkit hal yang tak sepatutnya.
5. Kawal emosi dan tone suara
Tak ada siapa yang suka ditegur dengan nada yang tinggi terutama sekali perempuan. Mereka lebih beremosi dan peluang untuk mereka terima apa yang ditegur rendah. Dan tak semua orang ada kesabaran yang tinggi.