
Isi Kandungan
Toggle
Perkongsian daripada Tuah Kencana memang menarik perhatian. Daripada sebuah bas lama, diubah suai menjadi rumah kecil.
Selalu transformasi begini hanya kita tonton dalam program dekorasi tv luar negara tapi rupanya di Malaysia pun ada. Terbaik sungguh.
Berikut adalah foto perkongsian beliau dalam page Kelab Kaki Deko.
Bahagian luar dikekalkan
Ubah suai hanya di ruang dalam, ini bahagian pemandu dan depan bas.
Ruang makan dan dapur. Sambil makan boleh lihat pemandangan
Dapur ringkas, lengkap dengan kabinet untuk storan
Siap ada singki
Simple sesuai untuk orang bujang
Belakang bas jadi bilik. Ada aircond ya!
Rumah bas tepi rumah
Sebelum ubah suai
Bas Universiti Malaya
Sumber: Tuah Kencana
Olah Laci Terpakai Jadi Rak Serba Guna Di Dapur, Begini Cara Hasilkannya

Di rumah kita sebenarnya ada banyak barang yang dah tak rosak namun boleh diguna semula. Hanya perlu kreativiti saja untuk mengolahnya.
Antaranya idea dari Fridie Yusop yang mengolah laci yang sudah tidak digunakan menjadi rak serba guna di dapur.
Modalnya hanya menggunakan cat spray, skru, L metal dan kreativiti.
- Ini laci yang digunakan.
2. Spray dengan cat
3. Bahagian dalam tampak dengan wallpaper.
4. Buatkan juga frame kayu di bahagian belakang.
5. Hias ikut kreativiti.
Hasilnya!
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Tanam Lobak Merah Guna Plastik Beras Saja. Begini Caranya

Isi Kandungan
ToggleLobak merah antara sayur yang selalu ada di rumah. Jadi elok juga kalau suka bercucuk tanam, kita cuba tanam lobak merah ini.
Tak perlu batas atau tanah yang luas pun untuk cuba tanam. Boleh guna plastik beras saja.
Cara menanam boleh ikut langkah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Beg bekas plastik beras saiz 10kg
-2 bahagian tanah gambut atau tanah hitam
-1 bahagian baja kompos, organan, tinja binatang yang dah reput.
-1 bahagian pasir sungai
-Benih lobak merah (anggaran 10 – 15 biji)
-Pisau untuk menebuk
-Spray atau air untuk menyiram
Langkah menanam dalam plastik/polibeg beras
1. Terbalikkan plastik beras 10kg dan tebuk/buat lubang pada plastik beras 10kg itu dengan pisau jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil supaya air mudah mengalir keluar. Hujung plastik beras 10kg tersebut dilipat 2 hingga 3 kali, jangan lipat lebih nanti polibag beras anda terlalu pendek.
2. Campurkan 2 bahagian tanah gambut,1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai ke dalam satu bekas dan gaul merata.
3. Setelah itu masukkan campuran medium tanaman itu ke dalam plastik beras yang telah ditebuk tadi. Pastikan tinggi tanah harus melebihi satu kaki. Ini kerana lobak memerlukan tanah yang dalam untuk berisi. Takut nanti isi lobak terbantut/ketot sekiranya tanah tidak dalam.
4. Gaulkan benih lobak dengan tanah dan tabur di atas tanah plastik beras tadi. Benih lobak digaul bersama dengan tanah untuk menjarakkan benih lobak di antara satu sama lain. Taburkan sedikit tanah di atas benih tersebut, jangan terlalu tebal. Ini bertujuan agar benih lobak tidak diganggu oleh semut dan siput.
5. Spray atau siram dengan air secukupnya dan letakkan di tempat terkena pancaran matahari tetapi tidak melebihi 3 jam. Lobak merah memerlukan haba atau sinaran matahari sederhana untuk bercambah namun terik matahari yang melampau akan mematikan cambahan benih lobak.
Benih lobak akan bercambah selepas 1 minggu hingga 3 minggu mengikut suhu di tempat anda.
Tip penjagaan
Terdapat beberapa tips yang harus diambil kira semasa menanam benih lobak hingga penjagaan dan penuaian;
1. Jangan letakkan fertilizer atau baja subur terlalu banyak ke dalam polibag beras kerana ia akan hanya merimbunkan pokoknya tetapi tidak akan berisi, isinya ketot dan bercabang.
2. Jangan letakkan plastik beras yang disemai benih lobak pada sinaran matahari terik yang melampau kerana ia akan mengeringkan tanah pada polibag beras dan benih tidak akan bercambah.
3. Spray beras plastik beras berisi benih lobak dengan air agar lembab dan tidak kering.
4. Sekiranya meletakkan di tempat terkena matahari pastikan polibag beras tidak terkena hujan lebat kerana hujan lebat akan mengeluarkan benih lobak dari polibag dan juga mampu memusnahkan percambahan benih.
5. Cabut anak pokok lobak sekiranya terlalu rapat dan benih pokok lobak yang dicabut bolehlah di tanam di tempat lain.
6. Lazimnya lobak merah yang telah matang dapat dituai selepas 8 minggu disemai.
Sumber: Anim Hosnan & Skeletonacet
Artikel berkait: Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Pun Boleh. Caranya Jangan Isi Tanah Penuh Botol Dulu!
Cara Buat Daging Dendeng Yang Padu. Bahan Tak Banyak Pun Tapi Punyalah Sedap

Daging yang rupanya hitam, pedas manis ini memang sedap, selalu kita jumpa waktu kenduri. Tapi nak buat sendiri pun mudah rupanya. Bahan yang digunakan ringkas saja memang ada di dapur.
Kalau nak buat daging dendeng yang padu rasanya boleh ikut perkongsian Liza Idris ini. Menu ini boleh makan dengan nasi atau pulut juga tapi ratah macam tu pun lagi sedap.
Cara buat daging dendeng padu & sedap
1. Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati.
2. Rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan. Air daging disimpan ya.
3. Tumbuk daging guna lesung batu. Tumbuk sampai penyet je.
4. Masuk dalam mangkuk, perap dengan kicap biar rata. Perap lebih kurang 20 minit.
5. Panaskan minyak, goreng daging anggaran 5 minit. Angkat dan ketepikan dulu.
6. Sementara itu jom kita kisar bahan tumis;
-2 inci halia
-2 biji bawang besar
-2 batang serai
-3 ulas bawang putih
7. Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu supaya naik bau.
8. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.
9.Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
10. Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya.
11.Masuk setengah cawan air asam jawa. Letak 2 sudu gula.
12. Masuk sedikit air rebusan daging yang disimpan tadi. Biar pecah minyak lagi.
13. Letak kicap anggaran 10 sudu. Kacau sebati.
14. Masuk daging tadi. Kacau lagi.
15. Biarkan daging bergaul mesra bersama kuah sehingga sedikit kering dan pekat.
16. Masuk pula 1 sudu Cukup Rasa jika suka dan gaul. Dah siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Liza Idris