Trik Menabung Untuk Ibadah Korban Tahun Depan, Cuma Simpan RM2 Sehari Dapat Satu Bahagian

Share

 

Mungkin ada yang berhajat nak buat ibadah korban tahun ini tak kesampaian kerana kekangan kewangan. Yalah kalau ikut harga sekarang, 1 bahagian lembu saja dah cecah RM700, jika korban di dalam negara.

Kalau keluar duit sekali gus memang agak terasa, apa kata kalau buat tabungan sedikit demi sedikit untuk ibadah korban tahun depan seperti dikongsi oleh Azwa Ahmad.

Tempoh menabung tak sampai setahun, selama 345 hari dan jumlahnya pun tak banyak. Boleh menabung serendah RM0.95 sen saja untuk satu bahagian korban (luar negara). Sebaiknya mula 8/8/2020 hingga menjelang ibadah korban tahun depan 18/7/2021.

Harga bahagian korban VS tabungan sehari

Harga Dalam Negara

1 bahagian lembu = RM 700 (bahagi 345 hari = RM2.05 sehari)

1 ekor lembu = RM 4,900 (bahagi 345 hari = RM14.25 sehari)

1 ekor kambing = RM1000 bahagi 345 hari = RM2.90 sehari)

Sekiranya mahu harga yang lebih murah bolehlah melakukan korban di luar negara

Harga bahagian korban di luar negara (Bangladesh, Kemboja dan Indonesia)

1 bahagian lembu RM320 (bahagi 345 hari = RM0.95 sehari
)

1 ekor lembu = RM 2,240 bahagi 345 hari = RM6.50 sehari

1 ekor kambing = RM 550 sahaja bahagi 345 = RM1.60

 

Moga istiqomah menabung ya.

Sumber : Azwa Ahmad

 

Published by
VK