Waktu PKP ini ramai yang ambil masa mengemas rumah. Tapi bila buat sendirian masalah utamanya apabila nak alihkan barang-barang terutama perabot.
Almari atau barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh yang berat ini mana mungkin boleh diangkat sendiri. Mahu tak mahu kena minta bantuan orang lain juga.
Namun jika nak cepat selesai, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Dinas Elni. Caranya dengan menggunakan beberapa keping vynil.
Tip yang dipelajari dari YouTube ini membolehkan dia mengalihkan banyak perabot dan barangan elektrik besar dengan mudah.
Tip alih perabot besar dengan mudah
Ini cara kami alihkan perabot berat masa buat projek di rumah. Saya gunakan kepingan vynil jenis tampal untuk alihkan mesin basuh dan peti sejuk sewaktu proses mengecat rumah.
Ads
1. Caranya, cuma angkat satu sisi perabot berat dan selit masuk kepingan vynil. Angkat sisi satu lagi pula dan selit lagi kepingan vynil (boleh rujuk gambar).
2. Kemudian boleh tolak atau tarik dengan lebih mudah. Lantai tak calar, perabot pun tak rosak, paling penting barang mudah digelongsorkan. Yang rosak cuma vynil berpelekat saja.
Ads
3. Disarankan agar lebih mudah, guna empat vynil supaya boleh tolak lebih jauh. Bila dah sampai hujung sambung lagi dengan vynil seterusnya.
4. Supaya vynil tak jejaskan lantai, sebaiknya buka bahagian adhesive dan cantumkan dua keping jadi satu. Ia untuk elak bahagian berpelekat tertanggal protective sheet dan melekat di lantai.
Ads
Cara lain
Boleh juga guna kotak atau pun kain yang keras supaya tak koyak. Cuma guna vynil lebih mudah sebab ia licin dan barang mudah ditolak.
Siapa saja yang tak suka makan kentang goreng. Dapat pula yang rangup memang best. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Rupanya nak dapatkan kentang goreng yang ‘crunchy’ ada rahsianya. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Suhaniza Isenen ini. Kentang goreng ini memang jadi kegemaran anak-anaknya.
Cara buat kentang goreng yang crunchy
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna Bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ini baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama (agak-agak menggelegak terus angkat). Kalau hirisan tebal kita boleh rebus, jika tak boleh skip langkah ini.
4. Angkat dan sejukkan dalam air berserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. Kemudian gaul dengan tepung Bestari dan serbuk roti sehingga melekat. Goreng secara ‘deep fried’.
7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saje pun boleh dah. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Dah bersungguh-sungguh mop lantai rumah tapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Frust betul. Ini memang situasi biasa bila mop lantai jenis tiles atau jubin.
Ada yang sanggup beli pencuci lantai mahal untuk pastikan dapat lantai yang licin berkilat. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun mengeluarkan wang tambahan untuk beli produk pencuci lain.
Percaya tak kita boleh guna pencuci pinggan yang memang dah ada di rumah untuk mop lantai tiles di rumah dan kesannya memang bersih berkilat. Cara ini dikongsi oleh Heze Zamri yang menurut beliau, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Tip lantai tiles licin berkilat
Sekadar sharing petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Petua ini dikongsi oleh saudara ibunda yang juga contractor cleaning services. Memandangkan dia tak dapat bantu bersihkan kediaman jadi dia share petua ini.
Bimbang pulang lewat dan tak sempat menyediakan lauk pauk untuk keluarga, ramai kaum ibu akan menyediakan stok lauk pauk yang kemudian akan dibekukan.
Sampai lewat rumah pun takpa sebab hanya perlu panaskan saja makanan dan masak nasi. Setel hidangan berbuka atau sahur.
Tapi buat stok lauk pauk banyak-banyak pun tak guna jika lauk tercemar dengan kuman dan kotoran gara-gara tak tahu cara yang betul untuk bekukan makanan.
Mengambil tip daripada seorang doktor Busseroa Abd Jalil berkongsi cara betul membekukan lauk pauk yang dimasak.
Tip bekukan makanan dari doktor
Bulan puasa ini ramai para ibu yang akan menyediakan stok lauk pauk yang kemudian akan dibekukan.
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
Bekukan terus selepas dimasak. Suam2 sikit dah boleh simpan.
Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan
Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Cara saya
Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak2 setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.