Anak keluar bermain petang-petang kemudian balik dengan seluar penuh melekat kemuncup. Ini memang boleh jadi salah satu punca kemarahan kaum mak-mak.
Kalau sikit tak jadi hal tapi kalau banyak sampai penuh kaki seluar memang akan jadi masalah. Nak cabut satu-satu memang leceh. Jika tak dicabut, memang seluar takkan selesa dipakai.
Disebabkan ini ada juga yang terus masukkan seluar yang penuh dengan kemuncup dalam tong sampah sebab tak sanggup nak cabut satu-satu.
Ikut trik ini!
Kalau berlaku lagi kejadian anak balik dengan seluar penuh kemuncup jangan buang sebaliknya ikut tip dikongsi oleh Nur Salina Mohtar yang memperoleh idea ini dari netizen selepas berkongsi masalahnya di media sosial.
Ads
1. Cara pertama boleh saja cabut satu-satu tapi kalau banyak cara ini akan ambil masa.
2. Boleh juga kikis guna pisau tapi cara ini sama, memakan masa sebab tak semua kemuncup akan tertanggal bila dikikis.
Ads
3. Ataupun boleh guna kaedah yang lebih mudah, guna sellotape saiz besar! Caranya ambil sellotape/tape kemudian lekatkan pada kaki seluar yang penuh dengan kemuncup. Selepas itu tarik, kemuncup akan melekat pada sellotape.
Ads
Cara ini lebih jimatkan masa daripada cabut satu-satu.
Kerepek pisang antara jajan tradisional kegemaran ramai. Kerepek ini kalau dapat yang nipis dan rangup memang sedap. Guna pulak pisang yang ada rasa lemak, memang boleh habis sebalang.
Nak dapatkan kerepek pisang nangka yang sedap macam ni ada caranya. Kena tahu tip waktu rendam dan juga menggoreng. Bagi yang nak cuba, tip yang dikongsi oleh pengusaha kerepek Huda Perak ini boleh dipraktikkan.
Tip kerepek pisang rangup dan nipis
Kerepek pisang nangka marjerin. Alhamdulillah tempahan raya 300 paket. Resepi turun temurun…Rangup dan nipis. Ini tipnya;
Pilih pisang
Pisang ini tak gunakan pewarna dan pengawet, untuk dapatkan warna kuning semula jadi pilih pisang tua atau yang dah matang.
Waktu rendam
Selepas kupas kulit pisang, rendam. Letak asam keping supaya pisang tak hitam.
Waktu menggoreng
Gunakan penyagat, sagat terus pisang masuk dalam kuali berisi minyak panas.
Sewaktu pisang separuh masak dalam kuali, letak satu sudu makan marjerin.
Apabila pisang dah garing masukkkan satu sudu air garam. Selang 3 kali goreng letak air garam semula.
Inilah hasil kerepek pisang nangka yang dah siap, sedia untuk dijual.
Ramai ibu bapa yang gusar dengan penularan wabak influenza ketika ini. Malah mencetuskan panik bila membaca pelbagai info-info yang dikongsi di media sosial.
Jangan melatah jika mengesyaki anak mengalami tanda-tanda demam ini ikut saja apa yang disaran oleh doktor. 9 langkah berikut dikongsi oleh Dr Suhazeli Abdullah
1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.
2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.
3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.
4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
– Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
– Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
– Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
– Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.
5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.
6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.
7. Jaga kebersihan persekitaran rumah.
8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.
I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.
9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.
Bila pesan minuman sejuk di restoran mesti ada masa kita tertanya tanya ais ketul yang dimasuk dalam minuman kita ni guna air masak atau air paip.
Bagi yang mementingkan kesihatan dan kebersihan perkara ini akan selalu bermain di fikiran. Bayangkan jika selama ini restoren yang biasa kita pergi rupanya guna ais ketul dari air paip yang tak dimasak.
Kita sendiri maklum bahawa air paip yang tak dimasak mengandungi bakteria E.coli. Jadi mengambil ais dari air paip yang tak dimasak ini mungkin boleh memudaratkan kesihatan.
Tapi macam mana kita nak bezakan ais yang dibuat dari air masak atau air paip? Bila dah tau beza senanglah kita nak elakkan.
Ais dari air paip
Untuk membezakannya perhatikan warna ais. Ais dari air mentang berwarna putih kerana masih banyak yang yangt terperangkap di dalamnya. Biasanya ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Air ini jelas tak elok untuk diminum biasanya ia digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar basah.
Ais guna air masak
Ais dari air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalam ir terlepas ketika proses merebus air. Biasanya ais seperti ini disebuat ais kristal. Kini ais kristas sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.
Tapi tak salah jika kita memeriksa dulu ciri-ciri ais sebelum meminumnya.