Masalah biasa kipas siling di rumah, bila dah lama guna ia akan berputar perlahan. Walaupun letak kelajuan pada tahap nombor 5 tapi putarannya lemah gemalai.
Kebiasaan bila berdepan masalah ini kita akan tukar saja dengan kipas baru. Tapi sebenarnya tak perlu pun beli baru, kita cuma perlu tukar satu alat saja yang dinamakan kapasitor untuk memastikan kipas berputar seperti biasa. Alat ni boleh dibeli di kedai elektrik atau hardware.
Cara menukar kapasitor ini bolehlah mengikut langkah yang dikongsi dalam Faceboook Ilham Dekorasi
Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..
Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.
Cara tukar kapasitor
Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:
1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)
Ads
2. Tanggalkan capacitor lama.
3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya).
Nota: Jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter.
Ads
INFO
Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).
Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimum dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.
Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau-lampau. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.
Dari sekadar menanam pokok bunga Ros Jepun secara suka-suka, selain memenuhi masa terluang waktu PKP satu ketika dulu kini dah jadi perniagaan pula.
Lagi menarik yang mengusahakannya bukanlah wanita yang sinonim menjadi peminat bunga, sebaliknya lelaki.
Kawasan sebelah kediaman yang awalnya dihuni semak samun kini penuh dengan enam jenis ros Jepun yang mempunyai hampir 130 warna. Memang penuh warna warni kebun bunga yang terletak di Kampung Pok Wong, Besut Terengganu ini.
Hanya menanam dalam tayar terpakai yang dikutip dari kedai tayar pada permulaannya, kini kebun bunga milik Mohd Fakrul Naim atau dikenali sebagai Mat Naing penuh dengan hampir 300 buah tayar yang kesemuanya ditanam dengan pokok bunga ros Jepun.
Semua ini diceritakan oleh beliau dalam satu perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah yang mendapat lebih 3000 tanda suka.
Dari semak samun jadi kebun bunga
Hai semua, saya Naing. Nak kongsi sikit pasal kebun Rose Jepun sebelah rumah. Naing ambil inisiatif untuk usahakan tanah kosong sikit sebelah rumah. Tanam suka-suka saja waktu PKP lepas.
Kutip tayar second hand di kedai tayar & proses jadi bekas tanaman. Pokok ni senang hidup & senang jaga. Memang sesuai untuk beginner.
Baja 1 minggu sekali & siram sekali sehari dah cukup. Cukup usia 3-4 minggu, Ros Jepun mula berbunga. Setiap pukul 10, bunga akan mekar berkembang. Naing memang collector tegar Rose Jepun. Naing ada lebih kurang “6 spesis” & “130 warna” yang berbeza.
Memang ramai sangat orang datang selfie. Tanam sebab minat saja, tak sangka pulak banyak permintaan dalam Shopee. Seorang diri usahakan & tanam kecil-kecilan dalam 300 tayar. Ramai orang tak percaya bila tahu “lelaki” yang usahakan kebun Ros Jepun ni.
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
🌶Air boleh tambah, banyak mana nak.
🌶Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Kebanyakan seterika atau iron kat rumah kita mesti ada kesan hitam ini. Kadang-kadang banyak sangat sampai kesan hitam ini melekat pula pada baju waktu menggosok .
Kalau dah tension tengok kesan ini boleh cuba 3 cara mudah di bawah untuk hilangkannya.
1. Cif & Eraser Sponge
Bahan yang diperlukan cuma pembersih Cif Cream dan eraser sponge/ magic sponge
Cara-caranya, letak pembersih pada iron yang penuh kesan hitam. Gosok rata menggunakan eraser sponge dan kita lihat kesan hitam iti tanggal melekat pada sponge tadi. Ulangi sehingga iron jadi bersih. Dah siap!
Kredit : Nor Chu via Kelab Kaki Deco Barang Eco/DIY
2. Guna garam
Tabur garam atas kertas atau aluminium foil kemudian panaskan seterika pada suhu paling maksimum.
Gosok atas permukaan garam sehingga kesan hangus tadi tertanggal.
3.Ubat gigi
Letak saja ubat gigi pada permukaan seterika yang hitam kemudian sental dengan kain. Tak perlu panaskan seterika jika gunakan cara ini/
Kesan kotoran akan tanggal semasa menyental. Ulang sehingga seterika bersih.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...