Tukar Satu Alat Ini Saja, Kipas Siling Yang Perlahan Akan Jadi Laju. Tak Perlu Beli Baru

Share

 

Masalah biasa kipas siling di rumah, bila dah lama guna ia akan berputar perlahan. Walaupun letak kelajuan pada tahap nombor 5 tapi putarannya lemah gemalai.

Kebiasaan bila berdepan masalah ini kita akan tukar saja dengan kipas baru. Tapi sebenarnya tak perlu pun beli baru, kita cuma perlu tukar satu alat saja yang dinamakan kapasitor untuk memastikan kipas berputar seperti biasa. Alat ni boleh dibeli di kedai elektrik atau hardware.

Cara menukar kapasitor ini bolehlah mengikut langkah yang dikongsi dalam Faceboook Ilham Dekorasi

Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi-sepoi bahasa aje..

Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.

Cara tukar kapasitor

Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:

1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bahagian atas)

2. Tanggalkan capacitor lama.

3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya).

4. Gantikan capacitor baru, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.

5. Tertib

Nota: Jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helikopter.

INFO

Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).

Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimum dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.

Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau-lampau. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.

 

Kredit: Malaysian Response Team & Mamapaparea.blogspot

 

Published by
VK