Tukar Sendiri Filter penapis Air Bila Kontrak Tamat. Lebih Jimat, Ini Caranya…
Kebanyakan rumah hari ini memiliki penapis air yang kita bayar secara bulanan untuk servisnya sekali. Dah habis kontrak pun tak boleh tarik nafas lega bab bajet kerana kebiasannya kita minta menyambung kontrak. Nak tak nak untuk dapat bekalan air bersih kita teruskan juga.
Tapi sebenarnya ada cara untuk kita lebih jimat tanpa perlu menyambung kontrak baru untuk penapis air. Caranya kita DIY sendiri servis penapis air ini iaitu menukar sendiri filter Ketika diperlukan.
Ads
Caranya dikongsi oleh Sharm Arm Zakaria. Ujarnya filter ini boleh dibeli secara online, dan boleh digunakan untuk apa-apa jenama penapis air. Apa yang penting kena pastikan saiz sesuai dengan penapis air yang digunakan dan ia perlu ditukar ikut masa yang ditetapkan. Berikut adalah perkongsian beliau.
Tukar sendiri filter bila penapis air habis kontrak
Penapis air ini dah nak habis kontrak, dia suruh sambung lagi 5 tahun. Tapi tak nak buat hutang dah jadi kita siap sedia beli filter untuk 2 tahun supaya senang tukar ikut masanya.
Ads
Filter ada 4 tahap/ stage penukaran
Sediment – tukar setiap 4 bulan
Free carbon – tukar setiap 8 bulan
Silver carbon – tukar setiap 1 tahun
Post carbon – tukar setiap 1 tahun
Ads
INFO
-Semua filter ini harganya dalam RM160 untuk 2 tahun.
-Sebelum beli pastikan ada pengesahan SIRIM dan Halal Malaysia.
-Untuk cara pembersihan tangki boleh tengok YouTube
Jika di halaman rumah kita ada menanam pokok buah-buahan tapi setelah sekian tak juga berbuah mungkin sudah sampai masa anda buat teknik kelaran seperti yang dikongsi oleh Abdul Hamid Ahmad ini.
Daripada merungut depan pokok, sebaik ambil parang dan buat teknik kelaran ini. Buat dengan penuh perasan ya, hasilnya memang buah keluar lebat.
Teknik inilah juga yang digunakan oleh pekebun untuk memaksa pokok berbuah.
Teknik kelaran atau girdling
Sebelum ini saya ada menyebut teknik kelaran (atau girdling technique) yang telah saya buat pada pokok tin dan pokok mangga.
Beberapa sahabat serta tuan admin Izham Alias mencadangkan dibuat pautan kepada maklumat ini. Maka dikesempatan ini saya tuliskan sebuah nota ringkas yang menerangkan sedikit-sebanyak tentang teknik ini.
Teknik girdling diamalkan oleh penanam pokok buah-buahan, baik untuk kegunaan sendiri atau di ladang. Ada dua tujuan teknik ini dilakukan:
a) Untuk mendapatkan buah yang banyak pada sesuatu musim, dan untuk menjadikan buah lebih besar dan lebih perisa.
b) Untuk memaksa pokok berbuah.
Ramai yang merungut pokok yang ditanam sehingga kini tak berbuah. Maka mahu ditakik dan ditabur garam. Ada yang cadangkan bakar pangkalnya. Disuruh bercakap dan berunding dengan pokok. Malah ada yang suruh ikatkan selipar buruk.
Paling dahsyat, disuruh sarungkan coli pada pokok durian! Apa sahajalah, asalkan bahagia. Jika tak dapat buah, dapat lucunya.
Apa kata buat teknik kelaran?
Teori
Tumbuhan membentuk makanan (dalam bentuk karbohidrat, atau disebut juga “gula”) melalui fotosistesis di daun. Kemudian gula ini disebarkan ke seluruh pokok, tetapi akhirnya dihantar ke akar untuk tujuan simpanan. Jalan penghantaran bahan gula ini adalah melalui tisu floem yang banyak terdapat pada kulit.
Pokok yang lambat berbuah itu terus-terus sahaja menyimpan gula ini di akar. Ini kita tak mahu. Kita mahu dia simpan di dahan-dahan dan apabila cukup bekalan, cepat-cepat membentuk bunga dan buah.
Jika itu yang kita mahu, maka lakukan sesuatu supaya gula itu tidak dihantar ke akar.
Bagaimana? Potong jalan penghantaran itu. Iaitu dengan membuat kelaran pada kulit.
Kelaran boleh dibuat pada:
a) pangkal dahan-dahan utama b) sekeliling paksi pokok.
Cara membuat kelaran
Senang sahaja. Kelar.
Potong kulit sehingga menyentuh tisu kayu. Sentuh saja. Jangan potong kayu itu. Buat potongan pertama. Kemudian potongan kedua. Lebar kelaran ini hendaklah tidak lebih daripada 5mm. Jika pokok kecil seperti pokok tin, 2mm cukuplah.
Potonglah menggunakan pisau yang tajam. Jika pokok ini subur, selepas dua potongan dibuat, tinggal siat sahaja. Kulitpun tanggal. Lihat gambar.
Selepas kelar, terpulanglah. Boleh dibalut dengan plastik cantuman. Boleh cat. Boleh biarkan sahaja.
Maka selepas beberapa minggu, seharusnya pokok mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selepas dua bulan, kelaran tadi sudah bercantum semula. Sebab itu jangan kelar lebar. Nanti pokok mati. Tinggal bacakan talkin sahajalah.
Jika kelaran ini bertujuan untuk membesarkan dan memaniskan buah, kelarlah selepas bunga kembang. Jangan lewat. Jangan terlalu awal.
Jika kelaran bertujuan untuk memaksa pokok berbuah, buatlah bila anda geram dan marah-marah.
Kaedah
Saya tunjukkan gambar sebenar girdling pada dahan mangga Honey Dew yang saya buat. Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Kalau tak bertemu? Kalau tak bertindih?
Kalau tak ikut teknik dan nasihat cikgu, tak menjadilah.
Kalau nak pastikan kediaman berbau harum kita biasanya akan beli saja pewangi kediaman. Beli sebotol kadang-kadang tak sampai sebulan dah habis kalau kerap menggunakannya.
Sebagai langkah penjimatan, boleh saja DIY pewangi rumah mengikut perkongsian netizen @yatt_azml di twitter ini. Cuma guna dua bahan saja, satu rumah berbau harum.
Bahan-bahannya pula memang dah ada di rumah jadi kalau habis boleh saja buat semula.
Bahan-bahan
Botol semburan -saiz kecil
1 penutup botol softner atau pelembut pakaian
Sedikit cuka
Cara membuat:
Campur bahan ini dalam botol, boleh juga tambahkan air.
Kalau nak guna botol lebih besar tambahkan pelembut pakaian (apa juga jenama)
Semburlah pada langsir, sofa atau karpet.
Selain itu ia juga berfungsi untuk kurangkan habuk melekat pada permukaan seperti meja, kipas dan tingkap.
Barang berkebun, bertukang, kelengkapan untuk kereta dan sebagainya kadang-kadang memenuhi belakang dan depan rumah. Sampai serabut bila melihatnya.
Perkara yang sama dihadapi oleh Ira Hazwani. Tapi penyelesaian pilihannya memang mudah. Tak perlu bina stor di belakang rumah dengan bertukang sebaliknya dia membeli saja backyard storage readymade. Boleh order online dan pasang sendiri saja.
Idea backyard storage tanpa perlu bertukang
Kata Ira, awalnya beliau ingin menempah kabinet tapi ada kerisauan kerana material kayu yang diletak di luar rumah boleh cepat rosak.
Kemudian tercetus idea untuk beli backyard storage yang besar seperti ini. Material Polypropylene Resin yang waterproof, weather resistant dan uv protected.
Semua barang-barang di belakang rumah dimasukkan dalam backyard storage ini dan susun barang supaya teratur. Penyapu, penyodok semua disimpan dalam ini.
Namun ujarnya kos backyard storage ini tidaklah murah sangat, harganya RM 2200. Jadi siapa yang ada budget lebih boleh. Memang puas hati sebab tiada lagi barang berselerak.
Kalau nak cari backyard storage macam ni, klik SINI, atau pun beli di SINI.
Situasi jubin atau tiles kediaman meletup antara masalah yang selalu berlaku. Jika ia terjadi ia memang memeningkan pemilik rumah kerana memikirkan kos untuk mengganti semula selain rumah yang akan bersepah.