Sofa di rumah dah uzur, sarung pun dah koyak. Memang hajat nak beli baru tapi mengenangkan kos tinggi jadi simpan saja hasrat. Guna saja walau mata tak sedap memandang.
Bagi yang dalam dilema macam ini apa kata beranikan diri tukar sarung sofa sendiri seperti yang dilakukan Ayuz Ismail
.Modalnya beli material PVC di Shopee dan stapler gun, tak sampai RM100 pun. Tapi hasilnya sofa macam beli baru.
1. Bahagian paling sukar untuk buka kulit/sarung sofa lama. Kena buka semuanya dulu. Memang kena telek satu persatu. Mulakan dari bahagian alas bawah kemudian buka cover sofa lama. Cari bahagian yang dipaku atau skru kemudian buka barulah tempat duduk boleh cabut.
2. Dah buka tempat duduk dan keluarkan cover sofa lama barulah pasang cover baru. Material PVC beli di Shopee. Klik SINI
untuk link.3. Untuk pasang cover guna stapler gun yang besar. Mata pilih yang besar dan panjang supaya kuat cengkam. Kena stapler dan tarik cover supaya nampak kemas.
Bahagian hujung ini mencabar kena lipat, tarik dengan kemas.
Selesai pasang cover baru, cantumkan semula bahagian tempat duduk. Kena paku dan skru semula di tempat asalnya. Bahagian ini suami buat.
Walaupun mencabar kata Ayuz tapi hasilnya puas hati kerana dapat jimat dari beli baru atau hantar ke kedai untuk tukar cover.
Sebelum mencuba, sebaiknya rujuk juga di YouTube untuk tahu ilmu asas.
Sumber: Ayuz Ismail