Ubah 6 Tabiat Ini Dan Tengok Hasilnya!

Share

 

 

Ada beberapa tabiat dalam hidup yang perlu kita ubah demi mendapat manfaat lebih baik. Dan perkara ini memang selalu kita lakukan. Cuba perlahan-lahan ubah perkara yang selalu kita buat ini. Tengok hasilnya. VK senaraikan 6 tabiat yang lazim kita amalkan.

1.Guna cat berbanding kertas dinding

Kertas dinding selalunya jadi pilihan golongan moden untuk dekorasi kediaman. Nampak cantik, kan? Macam-macam gambar ada. Flora, hidupan laut, angkasa lepas, geometri dan pelbagai lagi ada disediakan di pasaran. Namun penggunaan kertas dinding boleh menyebabkan masalah toksin dalam badan dalam tempoh yang lama. Lebih baik gunakan cat untuk mengurangkan masalah toksin. Jika anda masih tetap mahukan ekrtas dinding, pilihlah yang benar-benar berkualiti tinggi.

2. Guna sambungan plug secara keterlaluan

Jangan biasakan sambung banyak plug pada satu sumber elektrik. Hal ini sangat bahaya sebenarnya. Boleh menyebabkan kebakaran. Ubahlah sikap ini. Sediakan lebih banyak sumber elektrik untuk penggunaan tunggal peralatan elektrik terutama yang menggunakan elektrik tinggi. Fikirkan keselamatan terlebih dahulu.

3. Gunakan terlalu banyak perabot sementara

Lazimnya kita guna perabot sementara jika tinggal di rumah sewa. Misalnya kerusi plastik, rak pakaian berbentuk laci plastik, rak barang dapur plastik dan juga rak televisyen plastik. Semuanya plastik. Jadi, apabila pindah ke rumah sendiri, usahlah dibawa perabot sementara ini. Perabot sebegini tidak membantu dari segi hiasan dalaman kediaman anda. Apabila membeli perabot begini, anda perlu tanam niat dalam diri untuk membeli perabot kekal suatu hari nanti.

4. Guna pewangi semula jadi

Usah gunakan pewangi udara untuk dapatkan aroma yang sedap dihidu secara keterluan. Kebanyakan pewangi itu mengandungi toksik yang berbahaya untuk kesihatan. Gunakan pewangi semula jadi misalnya dau pandan atau batu yang sememangnya wangi untuk mengharumkan ruang kecil dalam rumah anda misalnya dalam tandas.

5. Sudah-sudahlah guna sofa bed

Semakin berusia, kita sepatutnya mendapatkan tempat tidur yang semakin selesa untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Jika anda mempunyai sofa bed dan masih tidur atas sofa bed itu pada usia lebih 30 tahun, seeloknya anda gantikannya dengan katil dan tilam yang lebih empuk.

6. Simpan tuala dalam almari di bilik

Kalau selama ini anda simpan tuala bersih dalam tandas dan bilik mandi, sudah sampai masanya anda ubah tabiat ini. Ruang tandas dan bilik mandi adalah tempat terbaik utnuk membiakkan bakteria. Jadi jangan sampai tuala anda penuh dengan bakteria pula. Simpanlah dalam almari di ruang lain.

Published by
Maryam Elyas