
Kalau nak buat roti, donut dan sebagainya, penggunaan yis yang aktif sangat penting. Jika tidak, adunan takkan naik walau diuli.
Sebab itu penting untuk kita uji dulu yis yang elok sebelum digunakan.Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu cara menguji yis ini. Perkongsian berguna dari Erah Syahirah boleh kita praktikkan sebelum buat hidangan menggunakan yis.
Cara uji yis sebelum guna, yis kena aktif baru roti naik
Nak share cara saya uji yis. Kalau roti tak naik itu tanda yis dah mati. Jadi sebelum buat roti kita test dulu yis aktif atau tidak. Caranya dengan menggunakan sudu plastik.
Masukkan sudu plastik yang kering dalam paket yis. Jika yis melekat pada sudu plastik seperti ini itu tandanya yis aktif dan boleh digunakan untuk buat hidangan roti, donut, pau dan sebagainya.
Tonton VIDEO di sini. Selamat mencuba
Sumber:Erah Syahirah
8 Cara Halau Lipas Dari Rumah Tanpa Racun, Guna Bahan Dapur Saja

Isi Kandungan
ToggleLipas memang binatang yang perlu kita halau dari rumah. Ia penuh dengan kuman kerana sifatnya yang suka dengan sampah dan kekotoran.
Cara kita menghalau lipas biasanya bila nampak lipas kita ambil penyembur dan sembur. Mati seekor, tapi yang lain macam mana?
Kita kena nyahkan koloni ini dari rumah. Caranya boleh guna cara ini. Semula jadi tapi boleh buat lipas menjauhi rumah dan mati.
1.Daun pandan
Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet.
Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
2.Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis
Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis. Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap dan bau daripada bahan tersebut juga akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.
3.Lemon
Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci. Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda.
Bila lemon tu dah kering, gantikan dengan lemon yang baru je lah!
4.Daun Bay
Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Lepas tu, taburkan daun tu di kawasan yang ada lipas.
5.Baking Soda (Sodium Bikarbonat) dan Gula
Campuran kedua-dua bahan ni boleh membunuh lipas. Gunakan nisbah 1:1, dan letakkan campuran tu di kawasan yang banyak lipas.
Gula akan menarik lipas untuk memakan, dan baking soda pula akan membunuhnya. Boleh letak dalam kabinet jauh dari capaian anak-anak kecil.
6.Serai Wangi
Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas.
Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.
7.Timun
Yang ni sangat mudah sebabnya bila nak makan timum, selalunya kita akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tu kan?
Lepas ni, jangan buang lagi, dan gunakan untuk menghalau lipas. Letak je di tempat yang anda rasa ada lipas.
8. Air Sabun
Air sabun ni bagus juga sebab satu, lipas memang tak suka bau wangi, dan dua, air tu boleh membunuh lipas.
Caranya, letakkan air sabun dalam botol spray dan bila nampak lipas terus sembur je atas dorang.
Selalunya lipas akan cepat mati kalau kena sembur dengan air sabun sebab lubang pernafasan lipas akan tertutup.
Banyak saja cara untuk halau lipas ni dari rumah, waktu duduk di rumah ini bolehlah praktikkan ya. Takdelah satu rumah kecoh bila nampak lipas.
Teknik Betul Picit Jerawat Supaya Tak Tinggalkan Parut

Siapa yang tak geram bila tengok jerawat pada muka. Walaupun dah dipesan banyak kali supaya tak dipicit tapi kita tetap akan melakukannya juga.
Kalau dah macam tu lebih baiklah kita belajar teknik betul picit jerawat supaya tak tinggalkan parut dan berlaku jangkitan hingga jerawat merebak.
Langkah 1
Cuci tangan! Ini sangat penting untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.
Langkah 2
Cuci wajah. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria.
Langkah 3
Lakukan skrub pada bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan kerja memicit jerawat. Jangan gunakan skrub untuk badan pada muka ya!
Langkah 4
Gunakan sarung tangan atau pun sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.
Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, regangkan kulit kiri dan kanan dan kemudian picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya.
Urut sikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu mahu lapkan isi jerawat yang keluar. Jika ada darah yang keluar, gantikan tisu sebelum mengeluarkannnya sehingga habis.
Langkah 6
Lapkan toner atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.
TIP
- Jangan picit jerawat yang belum matang atau baru tumbuh.
- Bila nampak tanda putih di permukaan jerawat, baru boleh picit
- Boleh juga stim wajah terlebih dahulu sebelum membuat langkah di atas untuk membuka pori-pori.
Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=e1gLgGVFeNI
Suka Minum Teh? Ini Info Yang Anda Wajib Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Jom ngeteh! Ayat ini selalu disebut kalau nak ajak kawan minum petang kan?
Bagi peminat teh, anda perlu tahu beberapa informasi mengenai teh yang diberikan oleh Dr Suri Roowi. Mantan Saintis Prinsipal Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI ini berpengalaman sebagai saintis yang membuat penyelidikan bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan.
Menurut Dr Suri Roowi dalam facebok, terdapat beberapa informasi penting mengenai teh yang perlu diambil tahu oleh peminat kopi.

Teh hijau turunkan berat badan
Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi – untuk turunkan berat badan.
Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke.
Kajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.
Teh hijau boleh menyebabkan anemia
Menurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah tiga cawan sehari.
Walaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.
Meminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi dalam kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi.
Perhatian untuk pesakit batu karang
Bagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.
Pengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang.
Kandungan oksalat dalam teh adalah:
a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)
b.Teh biasa (156 mg/200mL)
c.Teh hijau (80 mg/200 mL)
Teh susu
Menambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.
Bahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu
Justeru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul.
Rujukan:
Clinical Case Reports 2016; 4(11):1053–1056
Nutrition Reviews@, Vol. 58, No. 3
Sumber: FB Dr Suri Roowi