Kalau nak buat roti, donut dan sebagainya, penggunaan yis yang aktif sangat penting. Jika tidak, adunan takkan naik walau diuli.
Sebab itu penting untuk kita uji dulu yis yang elok sebelum digunakan.Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu cara menguji yis ini. Perkongsian berguna dari Erah Syahirah
boleh kita praktikkan sebelum buat hidangan menggunakan yis.Nak share cara saya uji yis. Kalau roti tak naik itu tanda yis dah mati. Jadi sebelum buat roti kita test dulu yis aktif atau tidak. Caranya dengan menggunakan sudu plastik.
Masukkan sudu plastik yang kering dalam paket yis. Jika yis melekat pada sudu plastik seperti ini itu tandanya yis aktif dan boleh digunakan untuk buat hidangan roti, donut, pau dan sebagainya.
Tonton VIDEO di sini. Selamat mencuba
Sumber:Erah Syahirah