Kewangan

Umur Baru 45, Simpanan KWSP Dah RM1 Juta. Ini Panduan Orang Muda Boleh Ikut

Share

Bagi yang bekerja dan punya gaji yang selesa, simpanan RM1 juta dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin biasa terutama jika sudah bekerja hampir 20 tahun atau lebih.

Malah tak mustahil juga jika pada usia baru 45 tahun simpanan KWSP sudah ada sebanyak itu.  Ia dikongsi oleh Nur Fadhli Bassar. Tapi macam mana seseorang itu boleh ada simpanan sampai RM1 juta? Ini perkara yang dilakukan oleh individu tersebut. Panduan ini elok dipraktikkan untuk anak muda yang baru membina kerjaya.

Simpanan KWSP RM1 Juta tapi pergi balik kerja naik motor saja

Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle aku, umur 45, kerja bidang IT di KL.

Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.

Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat.

-Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.

-Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.

-Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

-Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.

-Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.

Dah bersara ‘makan’ duit dividen saja

Apa tujuan aku tulis ni? Untuk beritahu yang menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154.

Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ini dia boleh belanja 4512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup.

Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung.

Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ini pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan.
Wallahua’lam.

Semoga bermanfaat

Sumber: Nur Fadhli Bassa

Published by
VK