Untuk Yang Dah Terjebak, Bapa Ini Kongsi Tip Pilih Beyblade Yang Hebat Untuk Anak

Share

 

Bagi ibu bapa yang ada anak sekolah tadika atau sekolah rendah mesti tahu mainan yang tengah trending sekarang.

Beyblade yang pernah kita main dulu kini dah kembali in. Paling tidak anak mesti ada dua atau tiga koleksi Beyblade. Beyblade ni pun ada beberapa jenis ya.

Malah disebabkan tengah trending, ada yang sanggup ambil kuali mak untuk jadi stadium.

Balik sekolah inilah yang dilayan anak dengan kawan-kawan. Tapi bab paling ‘sadis’ bila kena dengar cerita anak kalah lawan Beyblade sebab Beyblade mereka tak hebat.

Lepas tu anak akan mula minta belikan yang baru, Beyblade yang lebih hebat & kuat dan drama ini akan berulang-ulang ya.

Kalau ada ibu bapa yang mengalami situasi ini boleh ikut perkongsian I’am Marwan ini tentang cara pemilihan Beyblade yang hebat. So anak korang takdelah kecewa asyik kalah ya dan bapa pun takdelah habis banyak duit beli Beyblade.

Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah

Tips untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.

1. Yang ni tak hebat. Naga dia bukan ala-ala Gold 916

2. Yang ni hebat, naga dia ala-ala Gold 916?

3. Yang ni hebat, kaki dia gelap (tidak digalakkan kaki besi, kang berlekuk kuali isteri?)

4. Yang ni tak hebat, kaki dia lite sikit. Cepat kemek so jadi tak laju.

5. Pastikan pemacu, untuk pegang BeyBlade tu cakok dia tebal macam ni.

6. Kalau pemacu yang cakok kecik macam ni Beyblade susah nak melekat (boleh bebai oo) pada pemacu saat nak dilancarkan.

So macam mana, bapa-bapa dan mak-mak, kalau nak beli Beyblade boleh perhati ciri-ciri ni ya. Kalau ada tip lain, korang boleh kongsi kat komen!

Sumber: I’am Marwan

 

Published by
VK