
Halia antara bahan yang saban hari kita guna untuk memasak. Jadi tak rugi kalau tanam di rumah.
Ia juga tak perlukan banyak ruang, dalam pasu pun boleh. Lagi satu nak tanam halia pun tersangatlah mudah seperti dikongsi oleh Leya Aalieya.
Mudahnya tanam halia
- Beli halia di kedai, cari yang dah bertunas sikit. Kalau tiada tunas, simpan saja halia di tempat lembap biarkan ia bertunas.
2. Tunggu tunas naik, potong sedikit kemudian tanam.
3. 4-5 bulan boleh tuai hasil untuk halia muda, 9 bulan untuk halia tua. Kalau lambat tuai, sabut halia makin banyak.
Tanam sebesar ibu jari saja tapi hasilnya hampir setengah kilo.
Sumber: Leya Aalieya
Senangnya Tanam Kacang Renek. Mudah Hidup, Tanam Dalam Pasu Saja Pun Boleh

Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Selamat mencuba!
Sumber: Laila Safiah
Cara Buat Gulai Ikan Tongkol Stail Kelantan Yang Sedap, Pekat, Kuah Pun Cantik

Gulai kuning ada macam macam versi, yang ini dari Kelantan. Memang sedap, boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan tengah hari juga.
Hidang dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun. Menyakut molek, bak kata orang Kelantan. Nak makan dengan nasi dagang pun boleh.
Kalau orang yang dari negeri lain nak cuba pun boleh, ikut saja perkongsian Azizah Daud.
Sebelum baca resipi, jom tengok periuk nasi best ni brand Primada Microcomputer Rice Cooker , siap dapat freegift dan berbaloi untuk beli.
Cara buat gulai ikan tongkol stail Kelantan
Suka tak gulai lemak kunyit lengkuas kelantan? Hari ni kita masak lauk ni ‘gu’ dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun dan ikan goreng. Menyakut molek!
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana besar -potong
1/2 kilo santan pekat
Cili merah hijau dan cili padi
Bahan kisar
10 biji cili kering
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara membuat:
1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masuk juga garam dan gula secukup rasa.
2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).
3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air sewaktu blend. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuahnya tak cantik.
4. Apabila santan tadi dah mendidih, naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.
5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan sekali. Bia mereneh lagi hingga naik minyak dan berkilat.
6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh makin cantik kuahnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Azizah Daud.
Artikel berkait: Cara Buat Nasi Dagang Ekspres. Tak Perlu Kukus, Tanak Macam Masak Nasi Biasa
Cara Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers. Bahan Mudah, Buat Pun Senang

Isi Kandungan
Toggle
Ayam bakar jenama ini memang best, tapi kalau nak beli harganya boleh tahan juga. Tapi kalau teringin nak makan, boleh saja buat sendiri. Asyik menggulai dan sambal untuk buka puasa pun boring juga.
Nak buat ayam bakal ala Kenny Rogers ni pun mudah saja, bahan semua ada kat dapur. Lagi elok jika dapat ayam yang kecil, senang nak muat kuali. Boleh ikut perkongsian Nur Aisya.
Ayam bakar ala Kenny Rogers
Ayam kecik, sesuai sangat. Bahan-bahan semua ada di rumah. Boleh makan untuk 5 orang
Bahan-bahan
Ayam seekor/ whole leg 4
Bawang holand sebiji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1 1/2 inci
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(Kisar semua bahan di atas)
Bahan lain
Kentang sebiji – nanti rebus bersama ayam.
Brocoli
lobak
Kentang
Bawang Holand
Shitake mushroom
Cara membuat:
1. Tumis tanpa minyak bahan yang dikisar.
2. Masukkan kiub ayam. Nak masukkan sos tiram pun boleh masa ni.
3. Masukkan ayam dalam kuali dan kentang sekali.
4. Ni cara saya, masak ayam dalam kuali bersama dengan kuah sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat utk pastikan ayam masak waktu dibakar.
5. Blend kentang yg direbus bersama ayam tadi. Tuang semula dlm kuali.
6. Lepas blend kentang tadi kuah jadi pekat dan creamy.
7. Letak ayam dlm tray. Letak sayur sekali.
8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 darjah selama 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah. Selebihnya api atas sahaja.
9. Siap bakar dah, kuah tu boleh makan dengan nasi Planta.
Cara Buat Nasi Planta
Bahan-bahan:
Beras
Planta
Halia hiris
Bawang besar hiris
Cara membuat
1. Cairkan Planta tumis bawang besar dan halia sampai layu.
2. Masukkan beras. Garam sedikit dan gula sedikit, seimbangkan rasa.
3. Sukat air macam biasa. Masak nasi dalam periuk biasa. Siap!
Selamat mencuba
Resipi asal: Nur Aisya