Untung Tanam Halia, Potong Sikit Bahagian Bertunas & Tanam. Hasilnya Berganda

Share

Halia antara bahan yang saban hari kita guna untuk memasak. Jadi tak rugi kalau tanam di rumah.

Ia juga tak perlukan banyak ruang, dalam pasu pun boleh. Lagi satu nak tanam halia pun tersangatlah mudah seperti dikongsi oleh Leya Aalieya.

Mudahnya tanam halia

  1. Beli halia di kedai, cari yang dah bertunas sikit. Kalau tiada tunas, simpan saja halia di tempat lembap biarkan ia bertunas.

2. Tunggu tunas naik, potong sedikit kemudian tanam.

3. 4-5 bulan boleh tuai hasil untuk halia muda, 9 bulan untuk halia tua. Kalau lambat tuai, sabut halia makin banyak.

Tanam sebesar ibu jari saja tapi hasilnya hampir setengah kilo.

Foto: Syahrum Zakaria
Selamat mencuba!

Sumber: Leya Aalieya

 

 

Published by
VK