Bagi anda yang mengikuti kes wanita Malaysia, Nur Sabrina Ahmad yang ditahan di Singapura sejak 1 Jun lalu kerana menjual barangan tiruan pasti ingin tahu apa keputusan mahkamah. Pagi tadi berlangsung perbicaraan di State Courts Singapore terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Sabrina.
Melalui Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim, VK dimaklumkan mengenai perkembangan Sabrina.
Ads
Sabrina bersama keluarganya.
Selepas dibicarakan, mahkamah menjatuhan hukuman Sabrina hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjarakan. Pasti ramai yang bersyukur dengan keputusan ini. Sabrina disabit dua kesalahan menjual barangan tiruan kasut berjenama antarabangsa di bawah trademark act.
Sabrina juga sudah membayar saman menggunakan wang yang disumbangkan kepadanya. Sekarang masih menunggu persiapan segala dokumen penting dan passport untuk dia kembali ke Malaysia. Tarikh Sabrina nak kembali ke sana belum diketahui lagi. Mungkin ambil masa antara lima hingga tujuh hari bekerja.
Melalui facebook pun Siti Nurani ada memuat naik status mengenai perkembangan kes Sabrina.
Siti Nurani Salim
Ads
Tunggu proses dokumen untuk pulang
Syukur Allhamdullilah
Berakhir sudah perbicaraan kes Sabrina. Syukur hanya perlu membayar saman dan tidak perlu dipenjara. Buat masa sekarang, Sabrina masih menunggu proses mendapatkan dokumen untuk pulang ke Malaysia
Dengan Izin Allah ta’ala semua dipermudahkan.
Marilah sama2 kita ambil iktibar dari kes ini. Amat tidak berbaloi berurus niaga apa2 jua barang2 tiruan. Carilah berkah dalam setiap apa yg kita usahakan.
Semoga Sabrina selamat
Terima kasih utk semua rakyat Singapura mahupun Malaysia dll kerana ramai turut menyumbang buat #Savesab dan juga dari derma2 persendirian. Baik dari segi makan, minum, perubatan, kewangan dan sokongan moral.
Semoga Sabrina selamat kembali ke tanah air dan bersalin dengan selamat kelak.
Akhir sudah amanah kami di sini.
Wa billa hi taufik wal hidayah. Taqaballahu minna wa minkum.
#savesab #prayforsab #soulforsab #teamsab
Sabrina berpeluang jumpa keluarga sebelum dibicarakan
Sebelum naik ke mahkamah untuk dibicarakan, Sabrina memuat naik status di facebook yang dia sempat bertemu dengan keluarganya. Nyata sayu dengan gambar yang dimuat naik apabila Sabrina berpelukan dengan keluarga termasuk ibu dan ayahnya.
Ads
Mereka adalah kekuatan saya.. Alhamdulillah saya dapat jumpa anak2 dan keluarga sebelum saya naik ke mahkamah pada 24/10.. Alhamdulillah suami dapat bersama sy dan menemani sy untuk ke mahkamah nanti, saya mohon doa dari semua agar saya dipermudahkan urusan, diperlembutkan hati hakim, diberi pengurangan denda, saya tidak dipenjarakan dan saya dapat balik ke malaysia bersama keluarga.. Saya mengaku memang ada kesilapan saya lakukan.. Sy berharap apa yang jadi pada saya juga dapat dijadikan pengajaran, saya berserah kepada Allah S.W.T kerana saya seorang hamba yg kerdil perlukannya.. Doakan saya ye.. Terima Kasih kepada semua banyak memberi saya sokongan, doa, bantuan dari pelbagai bentuk.. Semoga Allah S. W. T dapat bantu sy membalas niat baik semua.
VK harap semua lega dengan keputusan ini kerana Sabrina tidak dipenjarakan. Sama-sama ambil iktibar dengan kes ini.
Baru dua bulan memasuki keluarga diraja Britain Duchess of Sussex, Meghan Markle, menerima banyak kritikan apabila dilihat duduk dengan bersilang kaki dalam satu acara yang turut dihadiri Ratu Elizabeth.
Meghan hadir menemani suaminya, Putera Harry, ke acara Anugerah Pemimpin Muda Ratu, di Istana Buckingham, London pada Selasa lalu.
Duduk bersilang kaki memang perkara biasa bagi rakyat biasa, namun dilarang bagi keluarga diraja. Malah ia dianggap biadap apabila Ratu turut berada dalam majlis yang sama.
Wanita dalam keluarga diraja diajar untuk duduk dengan gaya Duchess Slant, iaitu duduk dengan kaki dirapatkan, serta dicondong sedikit ke sebelah kiri atau kanan.
Meghan kena belajar cara duduk Duchess Slant macam ni!
Namun bagi peminat Meghan, bekas aktres itu tidak sepatutnya terus dihentam kerana dalam tempoh dua bulan menjadi ahli keluarga diraja, tentunya masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Selama 36 tahun dia sudah terbiasa duduk bersilang kaki, tentu dia memerlukan masa untuk mengubah tabiat itu,” kata seorang peminat di Twitter.
Ini bukan kali pertama Meghan melakukan sesuatu di luar kebiasaan tradisi keluarga diraja Britain.
Awal bulan ini, dia dikritik hebat selepas mengenakan pakaian off shoulder yang menampakkan sedikit bahagian bahunya, yang dilarang dalam etika pemakaian keluarga diraja.
Tak sampai seminggu diumumkan sebagai model berhijab pertama untuk kempen produk kecantikan Loreal, Amena Khan membuat keputusan menarik diri.
Blogger kecantikan British ini menyiarkan posting di Instagram tentang pengundurannya itu disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya.
Memetik laporan Dailymail dia dikritik kerana tweet yang ditulis 2014 yang telah dilabel sebagai ‘anti-Israel’. Tweet tersebut yang menyifatkan Israel sebagai ‘haram’ dan ‘negara jahat.’
Bagaimana pun tweet yang ditulis Ameena itu dipaparkan kembali baru-baru ini selepas dia dipilih oleh Loreal untuk muncul dalam kempennya bersama penyanyi pop Cheryl. Tweet tersebut kemudian telahpun dipadamkan.
“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dibuat pada 2014 dan dengan ikhlas memohon maaf kerana ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan.
“Mengangkat kepelbagaian adalah salah satu matlamat saya, saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang saya pegang.
“Saya baru-baru mengambil bahagian dalam satu kempen yang menggembirakan saya kerana ia meraikan kepelbagaian.
“Dengan kesedihan yang mendalam, saya memutuskan untuk berundur dari kempen ini kerana cakap-cakap mengenainya membuatkan ia menjejaskan sentimen positif dan inklusif yang mahu disampaikan,”jelas Amena dalam posting di instagramnya.
Jurucakap L’Oreal Paris memberitahu BBC Newsbeat: “Kami baru-baru ini telah dimaklumkan mengenai beberapa tweet yang dipaparkan pada 2014 oleh Amena Khan, yang terlibat dalam kempen pengiklanan di UK.
“Kami menghargai Amena yang telah meminta maaf atas kandungan tweet itu dan kesalahan yang telah dilakukan.
“‘L’Oreal Paris komited untuk bertoleransi dan menghormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk menarik diri dari kempen.”
Kejadian pesawat Lion Air JT610 terhempas yang mengorban semua 181 penumpang dan anak kapalnya sememangnya hangat diperkatakan di Indonesia. VK sendiri tak lepas dari mengikuti perkembangannya.
Satu persatu cerita tentang insiden sebelum kejadian dikongsi. Antara yang menarik perhatian adalah pengalaman pengacara TransTV Conchita Caroline yang dikatakan menaiki pesawat yang sama pada malam 28 Oktober sehari sebelum kejadian. Dia menaiki pesawat tersebut untuk ke Bandara Soekarno, Jakarta dari Denpasar.
Dalam perkongsiannya di IG story @ conchizzlin rupa-rupanya pesawat berkenaan memang berdepan masalah malah penumpang termasuk Conchita sendiri dapat merasainya.
Ujar pengacara ini dia dapat merasai lantai pesawat panas malah penghawa dingin juga tidak berfungsi selain dengan baik bunyi enjin yang tidak seperti selalu.
Pesawat tersebut menurut Conchita ditunda penerbangannya kerana masalah teknikal.
Pesawat ada masalah tapi tiada penjelasan daripada krew
Enjin pesawat mati beberapa kali tapi penumpang diminta masuk
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...