Umum mengetahui kes seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura atas kesalahan menjual barangan tiruan di negara tersebut. Wanita itu, Nur Sabrina Ahmad kini berada di sana sementara menunggu tarikh perbicaraan kesnya pada 24 Oktober 2018 nanti.
Melalui Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim, Vanilla Kismis mendapatkan sedikit perkembangan Sabrina di Singapura.
Ads
Pengasas Project GoodWill Aid Singapore, Siti Nurani Salim
Hamil 4 bulan
Ads
Sabrina kini hamil empat bulan. Saya pernah dua kali tolong bawa Sabrina jalani pemeriksaan kehamilan. Saya dapat tahu kes Sabrina ni sebab viral di facebook 1 Oktober hari tu. Dari situ saya bertukar nombor telefon dengan Sabrina. Saya dapat tahu dia mengandung. Lepas tu saya tanya dia ada jumpa doktor tak? Sabrina jawab belum lagi. Jadi saya tawarkan diri untuk bawa dia buat pemeriksaan. Saya ingin membantu lagipun seorang ibu bila dapat tahu mengandung mestilah nak tahu kondisi bayi dapat kandungan sama ada sihat atau tak.
Atas dasar kemanusiaan, ada kala saya hantar makanan untuk Sabrina. Saya juga ada bawa jumpa Sabrina jumpa kenalan yang berkhidmat sebagai peguam. Saya pengasas Projek GoodWill Aid Singapore yang turut membantu golongan yang memerlukan. Tapi kami tidak berada di bawah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya kami Sendirian Berhad.
Alahan mengandung
Biasalah wanita mengandung mesti ada alahan. Begitu juga dengan Sabrina. Menurut Nurani, Sabrina semakin pulih daripada keadaan kesihatannya sebelum ini. Cuma batuk-batuk sahaja. Mungkin kesihatan itu disebabkan hormon dalam badannya yang baru-baru mengandung.
“Bil Sabrina jalani pemeriksaan kesihatan kehamilan semuanya dibayar melalui wang sumbangan orang ramai melalui bake sale charity. Sebagai rakyat bukan warganegara Singapura, memang kos bil pemeriksaan kehamilannya agak mahal.
Bantuan GoodWill
Bagi kes Sabrina, GoodWill ada membantu dari segi kutipan kewangan melalui bake sale charity dan juga mencari peguam.
Ads
“Duit yang terkumpul akan kami serahkan pada Sabrina esok. Kami dah bantu setakat yang termampu. Mungkin Sabrina sudah dapatkan khidmat guaman, cuma segalanya masih dalam perbincangan. Selain GoodWill, ada juga bantuan daripada orang perseorangan misalnya Puan Nana yang bantu mendapatkan sumbangan makanan. Manakala Puan Shariffah yang bantu dapatkan sumbangan kewangan untuk Sabrina.”
Rindu suami dan anak
Tinggal berjauhan daripada suami dan anak-anak membuatkan Sabrina hidup dalam kerinduan. Apatah lagi dengan keadaan dirinya yang berbadan dua. Tambah sedih anaknya yang masih kecil ditinggalkan ketika masih menyusu badan. Hati ibu mana yang tidak sedih. Menurut Nurani, Sabrina ada mengadu padanya yang dia rindu pada keluarga terutama pada anak-anak dan suami. Namun keadaan memaksa untuk dia terpisah sementara waktu sehingga kes penahanan di negara tersebut selesai.
VK tak mampu nak menahan perasaan dengan kes ini. Mana-mana wanita yang bergelar ibu pasti faham perasaannya. Bengkak susu, mengandung pula, duduk pula berjauhan. Semoga kes cepat selesai dan Sabrina dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.
Sejak dilihat dalam kelompok individu yang menjerit di hadapan mahkamah baru-baru ini mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, pelakon Ellie Suriaty semakin kerap bercakap soal politik. Isunya masih sama iaitu mengenai kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang terkini.
Chef Wan dalam instagramnya telah menulis panjang lebar mengenai tindakan Ellie yang dianggap tidak wajar. Maklumlah, kita hidup dalam negara demokrasi. Siapa yang dipilih dalam pilihanraya, maka dialah yang layak memerintah.
Adoi, kasihan pulak membaca comment manusia2 mcm ni kan. Tak serik2 la pulak. Fitnah ke tidak itu semua hak kita masing2 untuk memilih kerjaan baru. Tak siapa pun rasuah kita sesen pun atau di beri makan dedak to vote for this current adminstration. Dasar bang*** tak tahu ke apa itu hak rakyat yg masing2 yang mengundi dengan bebas tanpa was2 atau pun di dalam ketakutan? We lived in a democracy world pun. Like in any pertandingan pun ada yg menang dan ada yg kalah. Only cowards cannot except yg mereka ini sudah tewas dan masing2 tak habis2 menyalak tak sudah, apa hal.
Tunggulah pilihanraya akan datang kalau nak berjuang pun
Lagi kita buka mulut lagi la nampak bodoh tambahan pulak segala pekong di dada tu habis disebarkan satu persatu dik media. Kerajaan sudah pun di tubuh dan rakyat Malaysia pun tidak janji any parti in this country to sign mati pun memerintah negara ini! She forget the power of the people vote yang majority or she is just plain stupid and arrogant? Nak berjuang balik tunggu lah next election dan sementara tu belajar la dari kesilapan sendiri masing2 untuk menebus balik kepercayaan rakyat di negara ini.
Tak payah main drama dan sandiwara
Eeee isnt it so obvious dia ni meroyan off lately ni. Fitnah? Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payah la main drama dan sandiwara mcm kau tu la Ellie. Allah melihat segala galanya sampai apa yg terdetik di hati kita ini ketika ini menulis nak sedar kan kau orang tu semua pun dia tahu. We just vote on fakta, figures and how the performance of the last government to all the stupid things our past ministers yg sombong have done sampai la pelbagai scandal yg terjadi.
Ingat kita tak ada kerja lain?
Dia ingat kita tak ada kerja lainnya melayan fitnah itu dan ini mcm mereka. We just use our bloody common sense , wisdom and honesty and unfortunately u dont have Ellie. Even a simple knowledge on Mathermatics pun dah cukup Kak hoi!???? Yg kata kerajaan skrg ni pun bukan baik pun dah fitnah! Sedar tak? Choi! belum apa dah bersangka buruk yg sepatutnya kita berdoa yg baik2 bukan di sebaliknya. Belum pun 4 tahun mereka memerintah pun kau dah buruk kan mereka! Kau tu siapa? Kau Ado?????
Kalau selebriti lain sibuk buat Keke Challenge untuk dimuat naik dalam laman sosial, lain pulak couple yang tak pernah tak sweet nih Aeril Zafril & Wawa Zainal.
Mereka memuat naik aksi bermain Kaki Challenge, juga sejenis permainan zaman kanak-kanak yang dah lama kita tinggalkan.
“#kekechallenge tak ada, yang ada #kakichallenge je,” tulis Aeril.
Sempena hari jadinya yang ke 39 hari ini, 11 Januari, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsi ucapannya dalam media sosial.
Tahu peminat tertunggu-tunggu jantina anak yang bakal dilahirkan, dalam video tersebut Datuk Siti turut mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Terima kasih atas ucap selamat. Siti sangat hargai. Hadiah paling bermakna sudah tentulah zuriat yang bakal dilahirkan Mac nanti. Doakan ia sihat sempurna.
“Nak kongsi sempena birthday Siti rezeki cahaya mata kami doktor sahkan ia adalah seorang puteri
“Doakan puteri kami sihat dan sempurna dan menjadi anak yang soleha,”demikian luah Datuk Siti bersama dengan suami Datuk K dalam satu video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Aduh tak sabar rasanya nak tengok baby Tok Ti. Mesti comel.