Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Usah Rasa Terlewat Untuk Berubah, Saya Kenal Alif Ba Ta Pada Usia...

Usah Rasa Terlewat Untuk Berubah, Saya Kenal Alif Ba Ta Pada Usia 30 Tahun

Satu ketika dia pernah digelar ‘pop princess’ dan bintang hip hop Malaysia. Malah pernah mengadakan persembahan bersama artis antarabangsa seperti Justin Bieber, Pitbull dan Flo Rida.

Masih terbayang video klip dari penyanyi popular Mizz Nina ini saat namanya berada di kemuncak.   

Tapi Kun Faya Kun, bila Allah SWT mengkehendakinya maka jadilah ia. Diketuk pintu hati wanita ini hingga dia terdetik untuk berubah apabila dipanggil menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Sejak itu tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Tiada lagi skirt pendek, baju mengikut tubuh semua diganti dengan pakaian labuh dan hijab yang sehingga kini menjadi sebahagian gayanya.

Kagum melihat keazaman isteri kepada penyanyi dan komposer Noh Salleh dalam menjadi muslimah sejati. Dia membuktikan bahawa walau apa pun yang pernah kita lakukan sebelum ini tak pernah terlewat untuk kita berubah.

 “Saya belajar Alif Ba Ta dan al-Quran pada usia 30 tahun. Alhamdulillah, semuanya bertambah baik sekarang.

“Apa yang penting, jangan malu dan berputus asa serta ada rasa terlambat untuk memulakan sesuatu.

IKLAN

“Saya rasa inilah kehidupan saya. Semuanya adalah rancangan ALLAH SWT dan saya hanya go with the flow.

“Mungkin inilah hala tuju saya, jadi saya tak seharusnya berhenti sebaliknya teruskan dan cuba jadi yang lebih baik,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Usah Rasa Terlewat Untuk Berubah, Saya Kenal Alif Ba Ta Pada Usia 30 Tahun

Bersikap terbuka video muzik masih ditonton

IKLAN

Dalam pada itu Mizz Nina bersikap terbuka apabila video muzik dan lagu-lagu lamanya masih ditonton di laman sosial YouTube malah berpendapat cara itu mendekatkannya dengan peminat.

“Saya tak boleh menghalang mereka untuk terus menonton atau berkongsi di laman sosial,” katanya.

Selain itu:  Hanya Guna 4 Bahan, Ini Cara Masak Tempoyak Ikan Patin Yang Original Dari Pahang

Jelasnya, situasi itu membantunya untuk terus positif sekali gus membentuk peribadinya hari ini.

IKLAN

“Sebenarnya, ia satu perkara yang baik. Dan…itulah hidup saya. Saya tak pernah menyesal dengan kehidupan lalu,” katanya.

 Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman, 37 turut menjadikan laman sosialnya sebagai platform   menyampaikan dakwah.

Dia mengambil peluang menjadikan medium itu untuk menarik lebih ramai lagi pengikutnya yang mahu mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Melihat usahanya dalam berdakwah, Mizz Nina juga terpilih menjadi salah seorang fashion influencer bagi Minggu Fesyen Islamik Asia 2017  atau Asia Islamik Fashion Week 2017 (AIFW2017) yang bakal berlangsung minggu depan di Kuala Lumpur.

Sumber Sinar Harian Online

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI