Usia 38 Tahun, Anak Enam, Ini Fakta Menarik Tentang Peribadi MB Baru Selangor Amirudin Shari

Share

 

 

 

Semalam berlangsung acara angkat sumpah oleh Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekali gus mengakhiri tanda tanya pengganti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Berkhidmat di negeri yang mendapat gelaran negeri paling maju dan kaya di Malaysia sudah tentunya menteri besar yang baru ini bakal jadi tumpuan.

Bukan saja dari sisi politik tapi juga sisi peribadinya. Selain daripada menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal, ini juga fakta menarik tentang MB baru Selangor.

1. Usia, 38 tahun asal Pontian, Johor sebenarnya

2. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Jadi wakil rakyat sejak usia 28 tahun

Mula bertanding sebagai calon untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Batu Caves (kini Sungai Tua) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 pada usia semuda 28 tahun. Amirudin kemudian terus  menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal sekali gus membuktikan beliau disenangi masyarakat setempat.

4. Isteri Masdiana Muhamad, cantik orangnya

Berumah tangga sejak 13 tahun yang lalu, Masdiana merupakan seorang suri rumah

5. Punya keluarga yang besar, 6 anak

Muda lagi tapi anak dah enam. Tiga perempuan, tiga lelakiyang  berusia dari tiga hingga 12 tahun. Jarang pasangan sekarang ada ramai anak macam ni.

6. Pesanan untuk isteri sejak awal kahwin

Memetik laporan Selangor Kini, sejak awal berkahwin Amirudin sudah ingatkan isteri hanya 20 peratus dirinya buat isteri dan 80 peratus untuk rakyat, cuma kadang-kadang saja akan jadi seimbang 50 peratus.

Ini selebihnya biodata Amirudin

 

Selamat bertugas YB!

 

Sumber : Bernama (foto) , Says.com, Selangor Kini, instagram amirudin_shari

 

 

Published by
VK