Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.
Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil). Eh, jangan tak percaya tau, Haryati ni ada anak empat!
Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh.
Jom ikuti perkongsian Haryati
Ada yang anggap makanan macam tu dan sebanyak tu tak mengenyangkan. Apa komen Haryati?
Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habisk sebab kekenyangan.
Ads
Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?
Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan.
Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan. Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?
Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.
Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?
Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.
Ini bekal yang dibawa setiap hari
Telur rebus, keledek rebus, buah kiwi dan salad.
Ads
Spaghetti spiral dan pir.
Salad dan telur goreng.
Telur hancur, telur goreng, brokoli, kimchi dan buah pir.
Ads
Telur hancur, telur rebus, dada ayam, salad.
Ikan salmon, telur rebus, salad.
Salmon, brokoli, lobak merah, keledek rebus, telur rebus dan salad.
Perkongsian ∆FIQ ∆ZUW∆N ™ ini boleh jadi inspirasi pada mereka yang punya masalah berat badan berlebihan ataupun gemuk.
Pernah kena reject interbiu, cinta kena tolak, dipinggir oleh kawan-kawan akhirnya pemuda berusia 21 tahun ini nekad melakukan perubahan.
Bukan sekali dia berusaha tapi enam kali ya. Ikuti perkongsian yang dipetik dari Twitter beliau mengenai usaha dan amalannya untuk menurunkan berat badan.
Dalam tempoh setahun, hilang terus perut dia, da! Kagum betul.
Hanya perlu semangat untuk berubah!
Bila diceritakan bertapa peritnya perjalanan hidup ini hanya Allah sahaja yang bertapa kuatnya hati ni terus berjalan.
Dihina, dicaci, dimaki macam-macam lagi yang saya hadap.Tapi takpa Allah tu ada,sejauh mana kita berjalan selagi masih dijalan Allah. Allah masih bersama kita.
ORANG GEMUK ni ada satu semangat yang semua orang lain tak ade sebenarnya. Nak tahu semangat apa ? SEMANGAT UNTUK BERUBAH !
Saya dah lalui macam-macam walaupun perjalanan hidup saya baru 21 tahun. Interview kena reject, Cinta ditolak, Orang tak nak kawan, macam – macam yang saya rasa. Tapi takpa saya kena kuat jugak macam mana pun demi diri saya sendiri.
Buat macam-macam tapi satu kesan pun tak nampak
Saya ni dah macam² benda saya buat, jaga makan, pergi gym, makan ubat, jaga makan gila – gila punya. Tapi satu kesan pun tak nampak, Tipu la kalau tak teringin nak bergaya macam orang lain. Saya pun manusia yang ada perasaan untuk majukan diri.
Tapi selepas 6 usaha saya, Alhamdullillah perubahan kian hari kian menjadi atas DORONGAN HATI YANG KUAT, dan support dari keluarga dan kawan-kawan rapat.
Tak kisah kita nak berubah buat TREATMENT SEDUT LEMAK sekali pun, janji kita sendiri usaha BUKAN ORANG LAIN. Hidup ni macam roda, selagi tak ada halangan dia akan terus berjalan.
Saya nak bagitahu pada SEMUA ORANG GEMUK yang ada niat dihati nak turunkam berat badan, Teruskan Usaha SAMPAI KITA CAPAI APA YANG KITA NAK !! BUKTIKAN DEKAT ORANG – ORANG YANG SELALU PANDANG RENDAH DEKAT KITA NI !!
PESANAN untuk orang yang selalu MENGHINA ni tolong sedar diri sikit, hampa pun tak sempurna mana nak HINA ORANG GEMUK macam kami. Cermin diri kita dulu tau.
Sejauh mana kita berjalan ingat Allah, Ingat Keluarga, Ingat Kawan Kawan yang selalu ada dengan kita masa kita dipandang rendah oleh semua orang. Jadikan 5 WAKTU sebagai tanggungjawab hidup kita dan penguat IMAN KITA.
Bagi yang mahu bermula turunk berat badan, Tentang TARGET berapa lama tu TOLAK TEPI dulu… Fokus Pada usaha kita dulu.
Permulaan tinggal terus nasi sebab…
Permulaan sewaktu Afiq buat. Afiq cuba tinggal nasi. Kenapa perlu tinggal nasi ? Sedangkan nasi boleh makan tapi kuantiti sedikit ?
Kadang setengah orang IMAN dia tak cukup kuat.. Amik nasi kuantiti sedikit, last2 lauk sedap2 pulak… Menambah lagi nasi…musnah oh musnah…
Bagi Afiq bila Afiq BLOCK NASI menu tu boleh ditukarkan pada menu yang lebih sihat.
Afiq GANTIKAN NASI dengan OAT, BUAH BUAHAN, ISI AYAM, SAYUR SAYURAN, BIJIRIN…Menu yang kita nak makan kita boleh REKA & OLAH kan sendiri.
Afiq tinggalkan MINUMAN MANIS, MINUMAN BERAIS, MINUMAN BERKARBONAT, Afiq banyak minum air kosong sebab ia mempunyai 1001 KHASIAT untuk tubuh badan kita.
Gambar dengan baju jubah biru itu raya tahun lepas! Sebelah tu raya tahun ni. Dah kurus, nampak hensem plak.
7 malam stop makan berat
START PUKUL 7 MALAM Afiq dah STOP PENGAMBILAN MAKANAN BERAT…sebab apa pukul 7 malam ??
Misal kata , kita dinner pukul 9 malam… Pukul 10@11 mesti dah nak tidur kan ? Sempat tak makanan berat yang kita makan tu nak cerna dengan sempurna ? Mesti tak sempat kan ?
Pencernaan yang tersekat tu lah membuat badan kita SUSAH NAK TURUN & BERAT SEMAKIN NAIK..
Hujung minggu bersenam
Dah hampir sado dah!
Pada hujung minggu Afiq selalu bersenam untuk mengeluarkan peluh…Dan pastikan badan kita mempunyai STAMINA YANG KUAT
Untuk yang RISAU tentang TARGET yang korang nak TURUN CEPAT tu hentikanlah NIAT MEMAKSA diri…yang RUANG untuk badan kita turun dengan sihat..Jangan terlalu memaksa untuk SEKSA BADAN bagi turun lebih cepat
Biar Usaha Kita SIKIT SIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT betul tak ??
Tak kisah apa pun usaha kita… Janji terus BERSEMANGAT , POSITIFKAN DIRI , JANGAN BERPUTUS ASA…
Tak ada orang YANG BOLEH UBAH DIRI KITA melainkan DIRI KITA SENDIRI…Biar usaha kita hasilnya lambat tapi badan kita dalam keadaan sihat ?
Semoga kisah Afiq ini jadi inspirasi buat korang yang nak turunkan berat badan. Semuanya boleh asalkan kita nekad!
Biasa bagi ibu yang baru melahirkan berdepan kesukaran untuk menurunkan berat badan. Kadang-kala ambil masa bertahun untuk menurunkannya.
Tapi berbeza dengan ibu bernama Siti Zainab Nac. Ibu kepada tiga cahaya mata dan wanita bekerjaya ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 35kg dalam masa tiga bulan.
Dari berat 95KG kini 59KG! Syok kan. Ini tip yang dikongsi:
1. Buang alasan busy, tak reti!
Mami nak share pengalaman mami turunkan berat dalam 35kg dari (95kg ke 59kg) dalam masa 3 bulan. Semua orang nak kurus tapi semua orang malas nak bersenam. Nak bersenam tapi kekangan masa, kerja, busy dengan anak-anak, tak tahu nak mula dari mana.
Nak kurus tapi ada je alasan. Takde masa, busy, tak reti. Ok mami buang mindset tu. Sebab nak turunkan berat dengan cepat perlu exercise bersenam dengan konsisten. Mami tekad lepas bersalin anak no 3. Dengan berat dah macam badak air time tu. Aku kena kurus. Pedulikan benda-benda negative.
Tambah plak mami ada penyakit slip disc. 3 level plak tu. Takut nak buat aktiviti berat dan lasak takut makin sakit. Tapi doktor bagitahu kalu mami boleh turunkan berat sakit tu akan berkurang. Sebab beban berat takkan compress disc yg sakit tu. Ok mami dah semangat ni. Kena turunkan berat.
Tapi mami tak tahu aktiviti bersenam macam mana yg sesuai dengan mami yang busy ni. Mami terfikir apa kata cuba zumba. Sebab mami suka menari dan menyanyi. Sambil zumba sambil menyanyi sambil menari lompat-lompat kurus. Best juga ni.
Ini gambar sebelum…
Cari kelas zumba
Mami start cari kelas zumba. Sebab mami tak suka pergi gym. Mami suka yang ada lagu-lagu sebab mami suka buat aktiviti yang enjoy and fun. Mami join Zetty fitness class. Best rupanya zumba ni. Tak pandai step pon takpa. Pastu buat tempat tertutup semua wanita je yg join. Igtkan zumba ni memenatkan,letih tapi tak. Lepas zumba badan rasa ringan je.
Mami join 3 kali seminggu. Disebabkan mami kena jaga farmasi hana sampai pukul 10 malam, mami amik masa sejam sebelum balik, mami join kelas zumba. Hujung minggu mami angkut sekali ank2 join sama.Anak 2 pon enjoy main dgn kawan-kawan lain. Pastu mami buat zumba sendiri dekat rumah. Mami buat yoga, aerobic,shuffle dance semua buat kat rumah.
Bukan susah pon. Buka youtube subscribe je mana2 yang mudah nk ikut. Orang pon tak tgk. Nak malu apa kan. Buat dengan ank2 jer. Dalam 30 minit setiap hari. Masa ank2 g skolah atau ank2 tido. Asalkan badan kita berpeluh dan bakar lemak.
Buat senaman kat rumah pulak
Masa ni memang cepat badan turun.Mami tak suka yang berat2. Mami buat home workout. Buat squat dan sit up sebelum tido at least 30-50 kali. Mula tu buat memang jalan terkangkang jer????. Lepas tu ok balik. Maklumla dah bertahun tak exercise.
Hujung minggu mami jogging atau jalan kaki je dengan anak2 dan hubby. Mami gilir jaga anak. Hubby memang support 200%. Sebab nak maintain tubuh sihat at least kita kena kurus. Bila kurus nak buat aktiviti apa-apa pon tak mudah penat. Penyakit pon susah nk datang. Memang best bila buat aktiviti sama-sama.
Jaga makan
Selain buat zumba, home workout, mami jaga makan. Makan kuantiti yang perlu je. Bukan makan ikut nafsu. Kalau tak buat yang ni memang badan akan makin naik. Yang ni mami dah share tips dlm post-post sebelum ni.
Pastu mami ambil suplemen sebab lepas beranak wanita memang ada masalah kurang zat nutrisi dan tenaga. Macam kalsium, zat besi dan energy booster. Alhamdulillah berat memang turun cepat dalam 35kg dalam masa 3 bulan je.
Mami install aps yang free. Dalam aps store banyak je homeworkout yang anda boleh buat sama2 dengan anak-anak. Tak perlu gym instructor pon. Mula buat step simple-simple. Yang penting berpeluh jantung berdegup laju tak kisah kardio ke apa janji berpeluh. Dah bakar kalori dan lemak.
Barulah boleh melaram pakai baju zaman anak dara
Dalam 3 bulan mami konsisten bersenam setiap hari at least 15 minit-30 minit. Sekarang dah boleh melaram pakai baju zaman anak dara balik. Bila kurus ni memang confident level tinggi. Sakit slip disc pon dah takde.
Kadang-kadang je kalau mami tersilap angkat benda berat atau duduk lama-lama. Memang banyak benefits bila kurus ni selain sihat. Bukan nak bagitahu gemuk itu tak bagus. Tapi kita akan rasa sendiri bila kita kurus. Percayalah.
Boleh jer kurus
Jadi mami nak bagitahu kat sini buat wanita terutama kat luar sana yg ada masalah berat badan, pastu anak ramai dan bekerja. Anda boleh kurus sebenarnya. Cuma anda tak tahu nak mula dan tiada push factor. Semua alasan je. Nak ke tak nak je.
Cari aktiviti yang kita selesa. Kalu x mau gi kelas, buat dekat rumah dgn anak-anak. Kalau tak tahu buat je yang simple dulu. At least kena mula buat. Buang mindset aku takde masa. Aku busy. Aku susah nak bersenam sebab kena urus anak-anak dan sibuk bekerja.Kalau nak semua boleh.
Mami dah buktikan mami boleh kurus. Mami ibu anak 3 bekerja dan sibuk macam anda. Mami boleh artis boleh. Anda pon boleh. Tak perlu guna duit pon. Just korban sedikit masa dan tenaga. Jom sama-sama start exercise harini tau. Tiada alasan lagi anda tak boleh kurus ok.
Ok macam mana teruja tak nak mulakan diet. Boleh follow Facebook Siti Zainab ini yang selalu saja update tip dia.
Ramai yang nak kurus tapi takut nak makan ubat kurus. Bersenam pun segan juga. Untuk anda yang spesis macam ni boleh amalkan cara tradisional pula.
Boleh amalkan minum air rebusan rempah dan herba perkongsian Habibah Badar Bajrai. Katanya air rebusan ini disarankan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina