
Seakan jadi trend artis sekarang untuk membuka akaun instagram anak-anak yang baru dilahirkan.
Selepas Siti Aafiyah, anak Datuk Seri Siti terbaru anak Sariyanti dan Jep pula mempunyai akaun instagram sendiri atas namanya Dariya Inara.
Perkara itu dikongsi oleh Sariyanti dalam satu entri di instagramnya. Dalam posting tersebut Sariyanti yang baru melahirkan bayi perempuannya 25 April lalu turut berkongsi perasaannya terhadap kelahiran zuriat yang ditunggu sejak setahun lalu.
Rupanya Sariyanti bersalin awal dari tarikh jangkaan. Beliau dijangka melahirkan pada awal Ramadan namun bersalin ketika usia kandungan 37 minggu.
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Sehari 74 ribu follower
Abah dariya tidurkan dariya harini, tapi dariya dah bangun 5 kali abah masih tidur..
A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on
Apa yang menariknya walaupun baru sehari dibuka, dengan dua posting, follower si kecil ini sudahpun mencecah 74 ribu. Inilah penangan jadi anak artis!
Sumber: sariyanti
Luahan Puteri Sarah Buat Intan Liana “Intan Awak Wanita Kental! Jadikan Apa Yang Berlaku Sebagai Pengajaran, Wanita Kena Belajar Berdikari!

Pastinya satu ketika dulu empunya diri tidak pernah menyangka dia akan melalui situasi ini. Tapi Tuhan itu Maha Adil, saat ditariknya satu perkara, dilimpahi kan pula rezeki yang tidak dijangka.
Selepas menerima hakikat perit diceraikan, satu persatu rezeki datang buat Intan Liana Saleh yang juga bekas madu pelakon Izreen Azminda.
Siapa menduga kini Intan yang dulunya pemalu disambar oleh Datuk Aliff Syukri menjadi model untuk koleksi hijab keluarannya.
Cantik tak intan?? Korang teka apa intan dan @aliffsyukriterlajaklaris nak buat apa
A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on
Malah selepas berkolaborasi dengan jutawan kosmetik itu makin banyak pula tawaran datang untuk ibu tunggal dua cahaya mata ini.
Tidak punya kerjaya selepas mendirikan rumah tangga namun kini dia sudah nampak arah tujunya. Aktif membuat ulasan produk di laman instagramnya, dia juga tampil menjadi model muslimah untuk busana Ashhannas. Berubah habis penampilan bekas isteri pemuzik, Ude Wahid ini.
A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on
Di sebalik gayanya yang pemalu terserlah kejelitaan dan juga keyakinan dirinya untuk mengubah hidup bersama anak-anak. Terbaru Intan bekerjasama dengan Puteri Sarah Liyana untuk produk kosmetik Matte by Shara.
Sempat juga Puteri Sarah mengungkap pandangannya pada Intan yang dilihat cukup kuat berdepan cabaran hidup.
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
“First time jumpe @__iiiintan.saleh pemalu orgnye. Intan pon segan2 dgn sarah but sarah kata jangan segan i nampak je garang. Masa mula2 tahu pasal intan, sarah bgtau husband ‘sayang kesian intan. I nak shoot videoclip. I nak panggil intan ‘.
I nak tolong die, sape lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri’ . Minta @ena1611 carikan jugak number intan nak photoshoot. Dah jumpe, intan pun macam sarah sentiasa bawa anak ke mana2 je. Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda die pastu kejap2 menangis sejak kes tu terjadi. Syaikhul nak kawan tapi abang tak pandai kawan lagi ?
. .
Intan you are a very strong woman. Kami semua yg panggil photoshoot ni are just your stepping stones. But u must be independent urself in order for u to move forward. In sha Allah ade rezeki tu untuk intan. Let this be a lesson to all u women out there, sedikit sebanyak kita kena juga be independent ???? woman, we need to start acting like ladies again !!.”
Entri Puteri Sarah yang juga isteri kepada Shamsul Yusuf ini turut mendapat reaksi netizen yang kebanyakannya menyokong tindakan Puteri Sarah membantu Intan Liana.
Sumber: puterisarahliyana &__iiiintan.saleh
‘Nak Cium Ayah Tak Dapat, Dia Cium Batu Nisan. Aksi Anak Kecil Rindukan Bapanya Sentuh Hati Netizen

Foto anak kecil ini mencium batu nisan kubur ayahnya tular di Twitter beberapa hari lalu. Lebih menyentuh hati bila mengetahui kisah sebenar anak bernama Adlina ini.
Dimuat naik oleh ibu saudaranya Anne Mokhtar rupanya si kecil yang berusia tiga tahun ini tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.
“Anda yang masih ada ibu bapa tolonglah hargai. saya tak dapat mengawal air mata ini dari menitis bila melihat gambar anak saudara saya mencium batu nesan di kubur ayahnya.
Dia kecil-kecil lagi dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau aku di tempat dia, sumpah susah nak terima.”
Demikian titipnya dalam posting di Twitter baru-baru ini yang kemudian tanpa disangka tular dan menerima lebih 17k Retweets.
Namun begitu kata Anne lagi anak saudaranya seorang yang kuat dan bijak. Walau tidak diungkap tapi dia tahu Adlina amat merindui ayahnya kerana mereka berdua cukup rapat dan Adlina merupakan satu-satu anak yang ada.
“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu tu jer dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina sentiasa ingatkan ayah dia dan selalu menziarah. Amin,” tulisnya.
Tambah Anne lagi, abangnya meninggalnya dunia akibat kemalangan ketika menuju ke bengkel miliknya untuk menyambung kerja pada waktu malam. Dia meninggal di tempat kejadian.
Status dimuat naik Anne ini juga juga mendapat banyak komen yang bersimpati atas kehilangan ayah Adlina selain mendoakan kebaikan anak ini. Malah ramai juga yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka sendiri yang kehilangan ayah pada usia kecil.
Sumber: @Anne_mokhtar
Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak

Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.
Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.
Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan.
Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.
Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.
Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.
Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.
Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.
Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.
Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.