Kebanyakan kita terfikir untuk beli rumah lepas kahwin dan ada anak, tapi berlainan dengan anak muda ini.
Pada usia awal 20-an lagi dia sudah menanam impian untuk memiliki rumah sendiri. Niatnya membeli rumah adalah untuk ibu yang tersayang.
Menariknya kerja sebagai kabin krew gaji asasnya cuma RM1,000 tapi hasil kerja lebih masa (OT) yang disimpan dalam tempoh tak sampai setahun dia berjaya merealisasikan impiannya.
Jom lihat macam mana anak muda yang dikenali sebagai @KitSwagger ini menyimpan sampai mampu beli rumah.
Ads
Rumah atau kereta
Umur 23 tahun boleh beli rumah almost rm400k dengan basic rm1000 sahaja . Ini thread
Rumah atau kereta ? Kalau korag rasa sudah mampu nak ada commitment beli rumah jangan beli kereta sbb kereta liability bukan aset.
Buat apa membazir 100k beli kereta kalau 6 bulan akan datang nilai dia hanya 80k rugi . Dari beli kereta baik beli rumah.
Rumah lelong around 100k pun ada zaman skrg . Mayb after 2 years . Rumah dah jadi lebih 100k. Macam mana nak start beli rumah?
Try search harga rumah yg anda nak beli . Simpan at least 10% dari harga rumah itu sebelum proceed beli . Jimat tahan sikit hawa nafsu.
Ads
Dapatkan payslip yang cantik dulu
Setahun simpan duit . Kalau kerja korang ada OT or allowances buat kaw2 selama 4-6 bulan . Untuk dapat payslip yg cantik untuk loan korang.
Gaji tu kalau boleh simpan 65% simpan . Pakai gaji untuk tambang pergi keje dgn makan sahaja . Yg lain tahan dulu untuk 6 bulan je.
Once bank saving kau dah ada mcm gunung semut n payslip cantek . Dah boleh dh try merisik rumah yg kau suka .
Kalau nak bank loan kau approve dgn senang try Hong Leong Islamic atau Muamalat sebab dorg kira OT dan allownces kau. Bank lain tengok basic.
Betulkan niat
Kalau ada rezeki , insha Allah loan kau lulus janji niat kau betul . Beli untuk parents kau, bukan untuk ‘pp’ .
Ads
Kalau kau boleh buat buat part time atau side income lagi bagus . Jangan takut beli rumah masa umur muda .
Mulai hari ni kalau ada niat nak beli kereta honda zero dp tu lupakan tu semua pelaburan atas angin . Simpan duit tu lg setahun beli rumah . ?
For me gaji basic rm1000 je, allowences n commission yg buat setiap bulan cecah rm5k . Even baru keje 11 bulan every month simpan 3.5k .
Antara makanan sunnah yang banyak diamalkan adalah minyak zaitun. Kehebatan buah zaitun ini sudah termaktub dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Malah ia juga dibuktikan oleh kajian sains. Terlalu banyak manfaatnya untuk kesihatan dan disebabkan itulah ia seharusnya dijadikan amalan. Berikut adalah kelebihan amalan minyak zaitun yang disertakan dengan kajian sains.
Elak risiko sakit jantung, darah tinggi, strok
Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6. Ia juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
Cegah kanser payu dara
Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.
Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.
Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.
Turunkan paras kolesterol
Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.
Cegah Alzheimer, kuatkan memori
Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.
Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.
Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan minyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Cara amalan
Disarankan mengambil minyak zaiton ini setiap hari pada waktu pagi ketika perut kosong. Kuantitinya antara 1-4 sudu
Jenis minyak zaitun sesuai diminum
Tapi sebelum menjadikannya sebagai amalan perlu diketahui di pasaran ada beberapa jenis minyak zaitun iaitu Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin Olive Oil (VOO) dan BAsed Olive Oil (BOO).
Yang boleh diminum secara terus adalah jenis EVOO, ia melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun.
Minyak zaitun jenis ini tidak boleh digunakan untuk menumis kerana struktur minyaknya akan rosak malah menyebabkan berlakunya hipertrigliseridemia iaitu lebihan lemak dalam darah.
Farah Lee nama yang tidak asing lagi di medium media sosial. Bukan sekadar terkenal sebagai usahawan hijab tapi juga kerana kegigihan dan ketabahannya sebagai ibu tunggal yang meneruskan kehidupan bersama seorang anak.
Terbaru dia terus menginspirasikan wanita bila melakukan hijrah diri. Bersamaan dengan tahun baru Hijrah 1440 Farah terbang ke United Kingdom (UK) mengejar impiannya menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Kanak-kanak di University Of Leeds.
” MA in Chidlhood Studies University of Leed. 10.09.18 and the journey begins.” Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah. Moga penghijrahan ini membahagi kebaikan.
Demikian tulis Farah dalam satu status di instagramnya yang kemudian diikuti status dia selamat sampai di UK.
Status penghijrahan Farah ini juga mendapat reaksi dari pengikutnya. Selain dari ucapan tahniah penghijrahan bekas isteri Ally Iskandar ini juga memberi semangat dan inspirasi buat mereka mengejar impian.
Farah, 29 tahun sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan.
Ok VK pun terinspirasi untuk sambung belajar. Chaiyok!
Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai pengapit pengantin yang akhirnya bertemu jodoh dengan pengapit juga. Walaupun pada awalnya tidak saling mengenali, namun tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Allah.
VK sempat menemu bual pengantin baru ini iaitu Nur Adila Sazwanie dan Muhamad Izzat Hilmi yang masing-masing berusia 23 tahun. Ermmmm nampak macam elok disusun jodoh mereka ini.
Bila kali pertama jumpa?
Kami jumpa memula pada 2 Disember 2017. Masa itu jadi pengapit pada kawan. Ketika ni memang tak kenal antara satu sama lain. Nama dia pun saya tak tahu. Saya ialah sahabat pada pengantin perempuan. Dia pula sahabat baik pengantin lelaki. Pada mulanya pengantin ada pengapit lain. Tapi entah kenapa last minute pengapit-pengapit ni tak dapat datang. Jadi, pengantin lelaki tu datang pujuk saya supaya jadi pengapit. Disebabkan saya belum ada pasangan ketika itu, saya minta pengantin lelaki cari sapa sapa kawan dia untuk jadi pengapit lelaki. Ramai juga yang dia call. Akhirnya dapat juga pengapit lelaki.
Masa tu memang tak ada rasa nak berkenalan pun. Sembang pun beberapa patah saja. Lepas habis kenduri terus masing-masing balik. Selang tiga minggu dia follow saya dekat instagram. Rupa-rupanya, sebenarnya selama tiga minggu itu dia cari ig dan fb saya. Tapi sebab dia tak tahu nama saya dan kawan saya pula panggil saya Ummi, jadi dia tak jumpa ig dan fb saya. Hinggalah satu hari, dia ternampak pengantin perempuan upload gambar majlis kahwin dan tag saya di fb. Baru dia jmp fb dan ig saya.
26/12/2017 tarikh 1st kami bermesej di ig. Mesej biasa-biasa saja. Dua hari bermesej kat dm, kemudian tukar-tukar nombor telefon dan sambung mesej di WhatsApp.
28/12/2017 Kami ada bersembang bab kahwin. Dia tanya tentang saya sama ada sudah ada calon pasangan atau belum.
1/1/2018 Dia datang jumpa abah saya. Kira sesi merisik. Alhamdulillah famili terima dengan hati terbuka. Letak tarikh bertunang terus.
17/2/2018 Kami bertunang.
8/9/2018 Hari bernikah.
9/9/2018 Majlis perkahwinan.
Syukur Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah syukur juga suami tak putus asa cari selama tiga minggu.
Ketika Nur Adila dan Izzat menjadi pengapit sebelum saling berkenalan.
Macam mana si dia boleh mula nak berkawan dan serius nak kahwin?
Masa dia tanya sama ada saya dah ada calon pasangan atau belum, saya cakap saya tak nak bercinta. Jika ada sesiapa yang rasa betul-betul nak berkawan dengan saya, orang itu kena jumpa ayah saya. Dia setuju jumpa dan masa jumpa ayah dia terus bagitahu ayam memang dia nak jadikan saya isteri.
Sejujurnya ramai yang cakap sayang la apa la tapi hanya dia yang berani datang jumpa ayah saya dan masuk meminang.
Maknanya anda tak bercinta? Terus kenal kemudian nikah?
Iya. Tapi sebelum bertunang saya ada buat solat istikharah. Selain tu, banyak saya tanya tentang dia pada pengantin lelaki yang dia jadi pengapit tu. Alhamdulillah feedback positif daripada beliau buat saya yakin dengan dia dan berani terima dia jadi suami saya.
Lepas istikharah apa petunjuk yang awak dapat?
Saya banyak bermimpi saya berkahwin dalam suasana hijau. Saya pun tak pasti kenapa hijau. Tapi orang kata hijau ni petanda baik. Wallahualam. Andai benar alhamdulillah. Selepas istikharah saya rasa semua urusan sangat dipermudahkan oleh Allah. Pada mulanya kami risau belanja kahwin tak cukup atas sebab semuanya berlaku terlalu cepat. Tapi alhamdulillah semuanya cukup.
Apa harapan awak dengan perkahwinan ni?
Saya cuma berharap suami saya dapat bimbing saya dan bawa saya bersama ke jalan Allah. Saya tak berharap yang lebih melainkan bersama sehingga ke jannah insya-Allah. Doakan kami.
Apa pendapat awak mengenai proses bercinta selepas nikah?
Bagi saya bercinta lepas nikah atau sebelum nikah dua-dua ada kebaikan. Bercinta selepas nikah terhindar daripada dosa-dosa dan pembaziran keluar dating. Bercinta sebelum nikah pula dapat buat kita kenal siapa dia yang sebenarnya sebelum jadi suami isteri.
Tapi percayalah tak semua kita nampak melainkan dah duduk serumah, tidur sebantal. Cuma kita bolehlah nak tapis jika kita rasa dia tu panas baran ke, kaki pukul ke, mulut tak boleh kawal ke dan lain-lain benda yang tak elok.
Jika masa bercinta pun dia dah mula nak tinggi suara, guna bahasa kesat, naik tangan, rasanya lebih baik tinggalkan dan cari yang lain saja. Janganlah asyk fikir dia akan berubah selepas nikah sebab benda tu sangatlah sukar nak berubah.
VK doakan supaya pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Seronok pula bila jodoh dipermudahkan macam ni. Sebab itulah yang lelaki kena berani dan jangan lupa untuk solat istikharah. Tak perlu bercinta lama-lama sangat. Kan?
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...