Usia Baru 6 Tahun Tapi Ryan Sudah Buat Duit $11 Juta Dollar Setahun Hanya Dengan Review Mainan Di YouTube

Share

 

Sewaktu usia Ryan baru 3 tahun dia cukup asyik menonton review barangan permainan yang dibuat oleh kanak-kanak di saluran YouTube.

Sehinggalah sampai satu masa dia meminta ibu bapanya membuat satu saluran untuk dirinya sendiri. Melihatkan minat anak itu, ibu bapanya mengikut saja.

Video awal Ryan memaparkan dia membuka kotak Lego dan membuat binaan dan bermain dengannya. Seperti dijangka memang tiada banyak tontonan pun untuk video yang dimuat naik.

Tapi kemudian ibunya mendapat satu idea yang mana membawa rezeki mencurah curah kepada mereka. Si Ibu telah merakam video Ryan sedang bermain dengan lebih 100 mainan dari siri kartun Pixar ‘Cars’ yang diletakkan dalam satu bungkusan berbentuk telur. Video ini dimuat naik dalam  dan menjadi viral.

Dari situ dia membuat satu demi satu review mainan. Kini pada usia 6 tahun dia sudah mempunyai 10 juta subcribers YouTube dan ada antara videonya telah berjaya mennarik lebih 1 billion tontonan. Ini yang menjadikan keluarga Ryan kaya raya.

Tahun lepas saluran You Tube yang dikenali Ryan’s ToysReview telah mendapat 11 juta yuran pengiklanan sekali gus menjadikan Ryan personaliti You Tube ke lapan paling berjaya di dunia.

Saluran Ryan’s ToysReview telah dihasilkan oleh keluarga anak kecil ini sendiri. Dan demi menjaga keselamatan, mereka tidak mendedahkan nama penuh Ryan ataupun nama ibu bapa dan juga tempat tinggal mereka.

Apa yang diketahui adalah ayah Ryan merupakan adalah seorang jurutera manakan ibunya pernah bekerja sebagai guru kimia di sekolah menengah sebelum mengambil keputusan berhenti untuk mengendalikan saluran tersebut secara sepenuh masa.

Setiap hari semenjak dua tahun lalu, mereka merakam dua video yang memaparkan Ryan bermain dengan barang permainan atau bercerita.

Bagi kita yang dewasa video Ryan ini mungkin tidak menarik tapi ia cukup mengujakan bagi kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun.

 

Sumber: www.inc.com

 

 

 

Published by
VK