Usia Bayi Baru 2 Minggu Dr. Sheikh Muszaphar Sudah Latih Anak Meniarap. Ini Kelebihan Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Share

 

Bahagia melihat aksi angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang baru menimang cahaya mata kembar baru-baru ini.

Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan bayi kembar lelaki mereka di instagram yang kini sudah pun berusia dua bulan. Tidak sekadar memuat naik foto terbaru, sebagai seorang doktor Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi informasi berguna buat ibu bapa lain.

Contohnya baru-baru ini beliau menerangkan kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak pada awal usia. Menariknya bayi kembarnya juga sudah diajar melakukan perkara tersebut seawal usia dua minggu. Wah awalnya!

Menurut Dr. Shiekh Muszaphar sebenarnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik dilahirkan. Berikut adalah perkongsian beliau yang dicatat dalam instagram miliknya.

Latih Adam merangkak pada usia dua minggu

“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.

Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.

Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.

Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.

Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”

 

Sumber: instagram drsheikhmuszaphar

 

 

Published by
VK