Sejak beberapa hari lalu video seorang bapa mententeramkan anak autisme yang ‘meronta-ronta’ di sebuah pusat membeli belah telah menarik ramai perhatian netizen.
Bagi yang tidak memahami mungkin memandang serong tindakan si ayah, Iman Wan yang dilihat agak keras dalam menenangkan Adam yang meronta malah menjatuh diri ke lantai.
Tapi sebenarnya inilah hakikat yang perlu dilalui oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Tiga video yang awalnya dimuat naik oleh Adlina Sharine Abdillah sebenarnya telah menyedarkan ramai pihak tentang anak autisme terutama sekali yang sudah dewasa.
Menurut Iman, Adam telah didiagnos mengalami autisme ketika usianya dua tahun setengah, dan sejak itu kehidupan mereka sekeluarga berubah.
VK sendiri dapat merasainya ketabahan keluarga Iman Wan yang juga seorang bekas komposer selepas melihat satu persatu video yang sebelum itu dikongsi oleh Iman Wan dalam instagram @adamautismfamily
Hanya kerana lewat makan, Adam sudah menampakkan tanda-tanda tidak stabil. Sejak didalam kereta lagi sebenarnya.
Belum sempat memasuki restoran Adam sudahpun mengamuk, kali ini agak teruk. Dia menjatuhkan dirinya ke lantai dan terpaksa dibawa ke kawasan parking kereta.
Adam terpaksa kawal dengan dibaringkan ke lantai untuk mengelakkan dia bertindak agresif merosakkan barang di sekeliling.
Memandangkan sudah remaja, dia cukup kuat, dan banyak kudrat digunakan untuk mententeramkan dirinya. Memang sukar untuk mententeramkan anak autism yang mengamuk di khalayak.
Saya sendiri perlu bertenang. saya mengambil masa 15 minit untuk menenangkan dirinya dan akhirnya barulah dapat kembali ke restoran untuk makan.
Kami bawa dia masuk ke restoran dan ibunya sudah bersedia. Mujur staf restoran itu memahami dan menyiapkan hidangan spageti kegemarannya dengan segera.
Ibunya segera menyuapkan Adam makanan. Selepas makan Adam disapu dengan minyak esensial untuk membantu menenangkannya.
Netizen yang melihat ketiga-tiga video ini rata-rata memuji ketabahan ibu bapa ini malah berdoa agar mereka terus diberikan kesabaran untuk menjaga Adam.
Video Adam ‘mengamuk’ juga telah mendapat lebih dua juta tontonan di Facebook Adlina Sharine Abdillah.
Bagi yang ingin memahami lebih lagi tentang situasi keluarga yang mempunyai anak autism boleh mengikuti instagram @adamsautismfamily yang kini sudahpun mempunyai lebih 100k pengikut.
Sumber: adamsautismfamily dan Adlina Sharine Abdillah