Walaupun Artis Popular Tapi Ini Sebab Jihan Bawak Baby Ninja Check Up di Klinik Kesihatan Saja!

Share

 

 

Kita selalu beranggapan Klinik Kesihatan tempat pemeriksaan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebabnya, rawatan di sini  percuma jadi kena bersedialah untuk menunggu lama kerana ramai yang datang pun ramai.

Tapi menariknya hari ini, pelakon dan pengacara Jihan Muse memuat naik di instagramnya mengenai kunjungannya ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam untuk mendapatkan suntikan 5 bulan bagi anaknya yang digelar Baby Ninja.

Ha tengok, artis popular pun buat rawatan kat sini jer. Mana taknya perkhidmatan jururawatnya terlatih dan profesional! Jihan sendiri mengakui dia memang mengambil vaksin wajib di sini kerana servisnya terbaik!

Dalam pada itu pelakon dan pengacara, Jihan Muse menyarankan agar semua wanita peka dengan kanser serviks. Dia baru sahaja mendapatkan rawatan terkini Ujian Saringan Serviks (Papsmear) yang terkini iaitu ROSE (removing obctacles to cervical screening) di klinik ini.

Buat ujian ROSE untuk bantu cegah kanser

Ini ialah ujian saringan menggunakan produk terbaharu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Boleh membantu mencegah kanser serviks. Jangan hayat result ini pula selama 5 tahun. Malah percuma!

Ada benda best nak share

Assalamualaikum.. harini bawak #babyninja cucuk 5 bulan. Kebetulan harini ade benda best nak share. Saya nak share dgn kaum wanita terumatanya warga Shah Alam. Sepanjang bulan ni dekat Klinik Kesihatan Seksyen 19 kita boleh buat Ujian Saringan Serviks (PAPSMEAR) baru yg dinamakan “ROSE (removing obstacles to cervical screening)” ini adalah produk baru keluaran PPUM.

Cepat, senang gila dan tak sakit

Saya baru buat tadi dan saya sarankan semua wanita utk melakukannya sebab? Kanser Serviks boleh dicegah. Jangka hayat result ni 5 tahun. Cepat, senang gila and tak sakit (sebab halus je mcm cotton bud). Buat sendiri. PERCUMA. Dan result dpt dlm masa 3 hari thru SMS shj. .


Ambil vaksin wajib di Klinik Kesihatan, servis terbaik!

Terima kasih semua doctor & nurses KK19. Saya mmg ambil vaksin wajib kat KK dan yg additional dekat Avisena. Both terbaik ?
#createawareness
#rose
#papsmear
#kanserserviks
#klinikkesihatan .
Additional info: ROSE bulan ni hanya di KK SEK 19, KK KELANA JAYA & KK TAMAN MEDAN

 

Sumber: jihanmuse

 

 

 

Published by
Maryam Elyas