
Sambal belacan antara stok yang selalu ada dalam peti ais rumah kita terutama kalau yang kaki pedas.
Kalau nak kelainan dalam rasa sambal belacan kita mungkin boleh ubah sikit selera buat sambal belacan Siam ini.
Tak dinafikan memang sedap, kalau ke kedai makan Thai memang wajib kita order sekali. Cara membuatnya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
Cara buat sambal belacan Siam
Sambal belacan Siam, resipi keluarga tiap kali kenduri. Alhamdullilah ada kawan yang buat jualan.
Bahan-bahan
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.
Cara membuat:
1) Bakar bahan-bahan yang bertanda ***.
2) Kemudian blend ke semua bahan yang dibakar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan nampak berkilat.
4) Dah siap, boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozmaliza Omar
Cara Buat Telur Rebus Tanpa Guna Air. Sekejap Dah Masak, Kupas Pun Senang

Biasa kita buat telur rebus untuk hidangan atau menggunakan air tapi rupanya ada cara lagi mudah. Sebenarnya kita boleh saja buat telur rebus tanpa air.
Malah tempoh masak telur pun sekejap saja. Tak perlu tunggu air mendidih bagai, 5 minit dah masak telur. Macam mana cara buat telur rebus tanpa guna air ni? Ini cara yang dikongsi oleh Rozzana Junid.
Cara mudah rebus telur tanpa air
Jimat masa jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela, pecah. Nak kupas kulit pun senang. Cara membuatnya;
1. Basuh telur dulu
2. Lapik periuk rice cooker lapik dengan 2 helai tisu. Renjis air supaya tisu lembap.
3. Kemudian susun telur dan on suis biar button naik sendiri.
4. Biarkan sekejap baru bukak penutup periuk. Sejukkan dulu sebelum dikupas.
5. Dah siap, cantik kejadian telurnya.
Sumber: Rozzana Junid
Mengaji ‘Takat’ SPM, Naik Basikal Keliling Kampung Cari Rezeki, Siapa Sangka Kini Bellaz Jurusolek Terkenal Di Malaysia

Isi Kandungan
Toggle
Jadikanlah kesusahan dalam hidup untuk terus melonjakkan usaha demi meraih kejayaan. Jangan terus layan perasaan negatif sehingga merosakkan diri sendiri.
Jurumekap profesional atau MUA yang mempunyai ramai follower di laman sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Bellaz telah mencoretkan kisah silamnya pada suatu ketika dulu.
Nyata kisah itu menarik perhatian orang ramai dan tidak menyangka dahulu Bellaz hidupnya begitu susah. Jom ikuti kisah Mua Bellaz.
Kita yang boleh ubah diri kita
Terus pandang ke depan…teruskan minat kita..
Buktikan pda org yg kita boleh melakukan yg terbaik dalam hidup kita …sapa lagi nk ubah cara hidup melainkan kita sendiri berusaha sehabis mungkin, berdoa pada Allah swt mintak dipermdhkan segalanya jauhi dari2 org yg xbaik dri kita,buka kanlah seluas2 pintu rezeki dan diberikan kesihatan yg baik (sihat)
Praktik apa yang kita minat
Pernah tak kita dengar orang kata jadikan hobi kita sebagai sumber duit. Misalnya kalau suka masak, komersialkanlah supaya menerima tempahan daripada orang ramai. Jadi Mua Bellaz ni suka mekap. Jadi dia menjadikan aktiviti menyolek itu sebagai sumber rezeki. Praktis, praktis dan praktif sampai menjadi.
Aminn aminn…dlm kehidupan ni ada pelbgai resiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin beljar ingin exlpore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita….pernah down sgt teruk smpai tak mau berdunia nk hidup sendirian tau?
Ingat anak-anak
Bagi anda yang berusaha, jadikanlah anak-anak sebagai big why untuk berjaya. Xmau ckp smualah rasa sia2 dlm hidup ..tpi kita kena kuat demi masa depan igt keluarga igt anak2….rezeki kita siapa yg tahu hanya Allah swt yg tahu..apa yg penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita ?
Cikgu yang bayarkan yuran sekolah
Dulu Mua Bella tak pernah merasa baju raya, baju baru. Selekeh ke sana ke mari. Hanya berbasikal saat orang lain dah mula bermotosikal. Tapi lihatlah Mua Bellaz sekarang. Dia sendiri pun tak percaya siapa dia sekarang ini.
Saya pon masih tidak percaya siapa sy skrg ni ..Dulu sy hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untk kluarga sy ..mengaji takat spm saja tu pon cikgu yg byarkan yuran2 buat sy ..trima kasih pada smua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidk terbalas…..terus keja ..selekeh sgt2 xpernah merasa berbaju raya /baju baru…igt lagi time2 tu kwn smua dh ade motosikal tp sy hnya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya.
Belum makan tapi cakap dah makan
Betapa susahnya mencari rezeki..igt lagi masa tu mak sy bertnya pada sy “kak mkn dakg ” time tu bella dpt duit dri hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hnya dpt 15rgt sy jawab “..alhmdulilah mak dah mkn kenyang dah” padahai sy xmkn ikat perut lg sbb niat duit rm15 rgt tu mmg nk bg mak beli brg2 dapuq untk mkn esoknya ..
Jadilah diri sendiri
Allahuakbar sori sebak sat ?? .jg x pernah merunggut xmalu dgn kehidupan kita ..jgn malu jgn fake…jdilah diri sendiri..skrg Alhmdulilah dptlah membntu kluarga n rkn2 serba sedikit rezeki sy dpt …terima kasih buat hampa smua yg sentiasa menyokong sy..insyallah sy akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen xterbalas maafkan bella…
Terima kasih semua
Terima kasih buat kwn2 zaman sekolah rendah menengah sy smpai kwn2 sekrg yg banyak mebantu sy dri segi kewangan bantu sy terima bnyk bella akan igt smpai bila2 …trima ksih jugak pda suami tercinta Mak/abah keluarga yg sentiasa memberi semangat nasihat buat bella..
Sumber: ig muabellaz
Cara Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Supaya Tak Terjadi Konflik Adik Beradik

Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka ada di kampung dan banyak nama yang nak dibahagi, dengan bahagian makin kecil.
Bagi yang berdepan masalah ini berikut adalah cadangan dari peguam Salkukhairi Abd Sukor untuk menyelesaikannya. Jangan sampai berbalah sesama adik beradik kerana perihal tanah.
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut. Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI