Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Yang Sedap. Wajib Ada Setiap Kali Kenduri

Share

Sambal belacan antara stok yang selalu ada dalam peti ais rumah kita terutama kalau yang kaki pedas.

Kalau nak kelainan dalam rasa sambal belacan kita mungkin boleh ubah sikit selera buat sambal belacan Siam ini.

Tak dinafikan memang sedap, kalau ke kedai makan Thai memang wajib kita order sekali. Cara membuatnya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.

Cara buat sambal belacan Siam

Sambal belacan Siam, resipi keluarga tiap kali kenduri. Alhamdullilah ada kawan yang buat jualan.

Bahan-bahan
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.

Cara membuat:
1) Bakar bahan-bahan yang bertanda ***.

2) Kemudian blend ke semua bahan yang dibakar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.

3) Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan nampak berkilat.

4) Dah siap, boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozmaliza Omar

 

Published by
VK