Tidak dinafikan ramai kaum wanita menyimpan niat untuk membeli emas. Emas diibarat sebagai kawan baik dan menjadi aksesori wajib ada pada setiap wanita.

Malah nilai emas yang sentiasa meningkat menjadi satu pelaburan terbaik jika terdesak.

Perkongsian dari laman sosial facebook dari Chienta Mul’aien II ini yang memberitahu cara terbaik terutama buat surirumah untuk memperoleh barangan emas ini setiap tahun.

IKLAN

Menurutnya dia telah menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasilnya pada hujung tahun akan membeli emas sebagai satu pelaburan terbaik untuk masa depan.

Tip Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Ini Caranya:

Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.

Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung.

Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.

Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.

Hasilnya:

Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.

Hasil simpanan duit RM5.

Cabarannya:

Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan.

Saya tidak marah dengan perlian berkenaan kerana hasil menabung ada juga faedahnya.

Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana hasil dari duit menyimpan selama setahun.

Satu kepuasan dalam membeli emas.

Kebaikan Lain:

Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.

Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelli emas kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.

Tidak rugi membeli emas.

Jangan Lupa:

Tapi janganlah sesekali lupa bayar zakat emas jika sudah cukup kiraannya. Ada kiraan tertentu yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

Artikel berkait:

Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Kena Bayar. Ini Cara Kiraannya

Wang Simpanan Dalam Bank Pun Wajib Zakat, Ini Kiraannya