Kalau pergi ke pasar-pasar di negeri pantai Timur satu yang akan kita perasan adalah kebanyakan peniaganya adalah wanita. Baik Terengganu, Kelantan atau Pahang situasinya hampir sama.
Kaum wanita di sini memang dikenali suka berniaga atau lebih tepat suka pegang duit! Salah satu sebabnya sudah tentulah kerana mahu membantu keluarga dan diri mereka memperoleh kehidupan yang selesa terutama sekali bila usia
dah menjangkau tua.
Tapi suka berniaga dan banyak untung saja belum tentu dapat menjamin masa depan yang selesa bila sudah berusia jika mereka ini tak bijak uruskan kewangan.
Usahawan wanita perlu ada asas untuk urus wang perniagaan mereka jika berhasrat mahu bersara dengan tenang. Antaranya asasnya adalah 8 perkara ini dan ia perlu dimulakan sejak awal lagi.
1. Mula menabung
Ini paling utama ya. Walaupun bisnes kecil tapi perlu ada tabungan untuk hari tua. Biar sedikit tapi wajib ada.
Ads
2. Persediaan untuk perkara tak dijangka
Sekarang kita mungkin sihat walafiat tapi esok lusa siapa tahu. Boleh saja terjadi kita terpaksa berhenti berniaga atau bekerja disebabkan penyakit. Waktu itu, inilah gunanya tabungan yang dibuat.
Bukan nak menakutkan tapi perlu diingat di pantai timur, Kelantan terutamanya dalam satu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan beberapa tahun lalu hampir separuh rakyat negeri tersebut mempunyai masalah berat badan atau
obesiti yang berkait dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti jantung dan kencing manis. Inilah sebabnya simpanan perlu ada.
3. Dua jenis simpanan kena ada
Tak kira peniaga atau tidak, kaum wanita kena ada dua jenis sempanan ini. Pertama, simpanan jangka masa pendek yang dibuat setiap bulan sebagai persediaan kecemasan. Keduanya simpanan jangka masa panjang yakni bekalan untuk hari tua kita, paling elok mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
4. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu
Bagi memastikan kita menabung secara konsisten, perlu ada perancangan bajet setiap bulan. Sebelum berbelanja sisihkan wang untuk tabungan dulu. Bila waktu berbelanja pula jangan membazir. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu! Ingat tu!
5. Kena ada rekod
Peniaga tak kira kecil atau besar bisnes kena ada strategi kewangan. Aliran wang keluar masuk, jumlah jualan dan sebagainya perlu direkod. Barulah efisyen.
Ads
6. Awas, bila buat pinjaman!
Ada masa untuk kembangkan perniagaan kita kena buat pinjaman di institusi kewangan. Tapi sebelum buat keputusan itu, sila rancang dengan teliti tempoh pembayarannya. Bimbang usia dah tua kita masih terjerat dengan beban
hutang. Kalau dah begini macam mana nak bersara dengan tenang bukan?
7. Penama atau hibah jangan lupa
Bila dah buat simpanan untuk hari tua adalah penting kita membuat penama atau hibah. Ini juga sebenarnya untuk kemudahan ahli keluarga bila berlaku perkara tak dijangka seperti kematian.
8. Kalau mampu teruskanlah
Ramai yang mengimpi hari tua nanti untuk berehat, bercuti dan melihat anak cucu membesar depan mata. Tapi kalau tubuh masih sihat, bertenaga apa salahnya jika terus bekerja atau berniaga. Boleh juga tambah tabungan hari tua.
Kena ambil peluang tambah ilmu
Semua di atas adalah perkara asas yang wajib dibuat jika kita mengimpikan mahu bersara dengan tenang. Namun sangat disarankan kita mengambil inisiatif mendalami ilmu menguruskan kewangan dengan betul.
Untuk usahawan wanita yang berada di Pantai Timur terutama di Kuala Terengganu sila ambil peluang untuk sertai Karnival Kempen Celik Kewangan KWSP bersama Sinar Harian yang bakal diadakan pada 29 September nanti.
Ads
Antara yang menarik dalam karnival ini adalah adalah sesi I’m The Bos perkongsian dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Antara ilmu yang dikongsi dengan peserta adalah:
Mengetahui dan memahami keperluan bajet, bagaimana untuk melakukannya dan mengikutinya.
Memahami kepentingan untuk menguruskan wang secara aktif dan bukan hanya memantau pendapatan dan perbelanjaan.
Memahami keperluan pelaburan untuk mengalahkan inflasi.
Mempelajari faktor utama untuk dipertimbangkan sebelum mengambil hutang
Mempelajari kepentingan dan bagaimana untuk menguruskan hutang secara bijak.
Semua ini sangat berguna terutama buat para peniaga. Lagi menarik, semua ini percuma dan terhad kepada 400 peserta sahaja!
Sejuk hati bila membaca luahan hati lelaki ini. Bukan ditujukan kepada isteri atau teman wanita tapi pada satu-satu adik yang ada.
Hanya tinggal berdua setelah pemergian ibunya, @AmnZyn__menggalas tanggungjawab menjaga adiknya. Dia tahu hanya dengan menjaga adiknya dia akan membuat arwah umminya bahagia.
Meluahkan rasa sayang pada si adik dan janji menunai amanat arwah ummi di laman Twitter, statusnya mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya terharu dengan kesungguhannya.
Mungkin hari ini awak diuji dengan ejekan seperti gemok , hitam dan tidak cantik . Tetapi percayalah, Kecantikan itu dilihat berbeza daripada sudut pandangan diri masing-masing.Tidak semua melabel awak sebegitu rupa.
Hari ini aku perkatakan seperti ejekan yang engkau selalu dengar . Tetapi percayalah yang itu hanyalah gurauan aku sebagai abangmu.
Pada aku engkau puteri!
Pada aku, engkau lah puteri yang aku amanahkan kepada diriku sendiri kerana engkau merupakan puteri yang sentiasa membuat hariku dipenuhi dengan sinar . Walaupun engkau seorang yang degil tetapi aku tahu engkau bukanlah tidak lembut hati .
Apa lagi yang aku mampu lakukan untuk membuatkan arwah ummi bahagia . Ummi sentiasa berpesan kepada aku untuk menjaga kamu apabila ummi tiada . Sungguh aku berasa ini hanyalah mimpi.
040618 merupakan hari bermulanya tanggungjawab aku yang aku anggap itu sebagai amanah peninggalan dripada ummi.Sungguh aku berasa berat hati akan amanah ini . Tetapi aku harus tempuhi kerana puteri ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada putera-putera ummi.
Puteri ini saja mampu penuhi permintaan ummi
Aku berusaha memenuhi impian ummi.Sungguh aku berasa diri ini tidak berguna jika tidak mampu menepati apa yang ummi inginkan.Selama ini aku seperti tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh ummi . Kini , tiada lagi apa yang perlu disesalkan.
Hanya tinggal seorang anak ummi yang bercita-cita untuk memenuhi impian ummi daripada dahulu . Kini , dia mahu berusaha untuk mencapai apa yg dimahukan ummi . Puteri ini sahaja harapan yang mampu memenuhi permintaan ummi sejak dahulu .
Aku berdoa agar engkau mencapai apa yg dipermahukan . Engkau sahaja yang mampu membuatkan ummi bahagia melihat impiannya tercapai sejak dahulu lagi.Tiada puteri yang aku sayangi dripd sejak engkau kecil.
Aku berusaha jadi abang terbaik
Perasaan benci aku terluah kerana aku sayang . Benci aku bukan bermaksud aku benci tetapi itu merupakan kasih aku terhadap kamu.Tiada bahagia setiap hari yg kekal melainkan melihat kamu.Sesungguhnya aku begitu sayang padamu adikku.
Sungguhnya , takkan aku biarkan kesedihan menimpa kamu . Aku berusaha dan mencuba untuk menjadi abang yang terbaik buatmu wahai adikku.
Ikhlas daripada , Abangmu yang handsome.
Dalam pada itu tweet AmnZyn turut mendapat respon warga Twitter yang memberi semangat pada beliau untuk terus menjadi adik malah ada juga terharu dengan kasih sayang abang ini pada si adik.
Untung dapat abang macam ni
Setiap orang ada cara berbeza
Apapun sama-sama kita doakan dua beradik ini terus akrab dan semoga abang dapat menunaikan amanah menjaga adik dengan baik.
Walau tahu kewajipan membayar zakat tapi sering kali ia tertunda kerana alasan sibuk, tak sempat ke kaunter cawangan zakat untuk membuat bayaran.
Sudahnya dari sehari jadi setahun hingga akhirnya langsung tidak dilakukan sedangkan sudah wajib membayarnya.
Faham akan masalah ini, Zakat Selangor mengambil inisiatif memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Termasuk cuti umum
Untuk sepanjang bulan Disember ini, semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Dah bayar ada peluang dapat hadiah bernilai RM1,000
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
Bagi yang belum ada bajet untuk buat kabinet dapur atau pun tinggal di rumah sewa mungkin boleh praktikkan idea daripada Kelana Salikin ini.
Boleh DIY kabinet dapur dari rak buku. Ringkas, mudah pasang dan paling penting murah. Total bajet cuma RM208.90, namun fungsi tetap sama boleh simpan barang.
Kabinet dapur bajet, modal RM208 saja
Barang yang digunakan
Storage Box : RM89.90 x 2 = RM179.80
HD Shelf Bracket : RM6.50 x 4 = RM26.00
L Bracket : RM2.10
Skru : RM 1.00
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...