Orang perempuan masuk umur 40 tahun saja ramai yang mengadu sakit lutut malah ada yang alami masalah ini lebih awal dari usia ini.
Dulu memang sakit lutut sinonim dengan orang tua tapi nampaknya sekarang tak lagi.
Selalu bila kita mengadu sakit lutut pada rakan ada yang ketawa, maklumlah sakit orang tua tapi hakikatnya masalah ini memang mengganggu aktiviti seharian. Nak solat, naik tangga kadang-kadang nak luruskan kaki selepas duduk pun terasa sakit.
Memahami masalah kaum wanita ini Puan Habibah Badar Bajrai yang memang terkenal dengan perkongsian petua dan air rebusan telah berkongsi satu ramuan yang menurutnya berkesan untuk menyelesaikan masalah sakit lutut selain masalah sakit sendi terutama kalangan wanita.
Boleh juga disediakan pada orang tua kita yang turut hadapi masalah yang sama. Siapa yang hadapi masalah sakit lutut bolehlah cuba!
Ads
————
Rupanya ramai sangat yang ada #sakit_lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.
Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!
RESEPI LUTUT KEMBALI POWER
Bahan air rebusan:
2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemuk, guna 1/2)
5 gelas air
Ads
Cara membuat:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.
Kenapa air ni power?
Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Ads
Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak.
Selain jem, peanut butter atau mentega kacang selalunya akan sentiasa ada di dapur kita. Sebabnya anak-anak memang suka mentega kacang ini untuk dimakan bersama roti.
Harga sebotol sapuan roti ini boleh tahan juga, mencecah RM10.
Tapi sebenarnya kalau nak jimat mentega kacang ini boleh saja dibuat sendiri. Percaya tak modalnya cuma lebih kurang RM2 saja sebotol.
Bahan untuk membuatnya pun mudah. Jom ikut perkongsian Sheila Cyla kalau nak jimat.
Bahan pun mudah
Siapa sangka dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM2 boleh menghasilkan sebotol peanut butter sendiri. Barangnya pun cukup mudah…
200 gm kacang tanah – disangai tanpa minyak dan dibuang kulit
3 sudu besar minyak
½ sudu besar mentega
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Cara nak buat lagi senang
Kisar semua bahan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan berkilat.
Tadaa…Dah siap untuk dimakan dengan roti atau biskut. Baki boleh simpan dalam botol.
Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih teh tarik mamak.
Tapi selepas tahu cara buat teh tarik yang sedap ini anda tak tak perlu lagi ke sana. Buat sendiri saja di rumah.
Malah kalau ikut perkongsian dari Zaim Ahnaf Sufi ini, teh tarik yang dibuat mengikut cara ini lebih sedap dari air tangan mamak.
Apa lagi, jom cuba petang ini. Kalau dah berjaya suami juga mungkin kurang melepak di kedai mamak.
Bahan-bahan:
Serbuk teh
Susu pekat atau susu cair
Secubit garam
Air secukupnya
Periuk
Cara membuat:
Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.
Info
Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.
Info ini cukup berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dalam peringkat makan bubur nasi. Perkongsian ini menunjukkan cara paling cepat untuk menyiapkan hidangan mudah namun dianggap leceh oleh para ibu kerana mengambil masa yang lama.
Percaya tak dengan kaedah yang dikongsi ini masa yang diperlukan untuk memasak bubur nasi hanya 7 minit. Langkahnya pula mudah sangat. Bagi ibu bekerja, sambil bersiap pun boleh menyediakannya. Terima kasih kepada yang berkongsi ilmu ini.
Berikut adalah langkah-langkah penyediaan bubur nasi 7 minit.
Langkah 1
Basuh beras hingga bersih tak perlu tos.
Langkah 2
Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).
Langkah 3
Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Jika mahu masukkan ayam dan sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.
Langkah 4
Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk melakukan kerja lain jika tak mahu bubur hangit.
Langkah 5
Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tidak banyak penyediaan bubur ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit.
Langkah 6
Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.