Seronok tengok kehidupan pasangan artis yang sama cantik sama padan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni. Kalau dilihat di instagram masing-masing, selalu ada gambar romantik dan bergurau senda. Pasti ramai yang ingin jadi macam mereka kan?
Terbaru, Wawa muat naik gambar bersama kereta mewah Vellfire di instagram. Menurut Wawa, kereta itu sebagai membalas hadiah yang diberikan oleh suaminya. Sebelum ini Aeril hadiahkan Wawa Mercedes pada Jun lepas. Kata Aeril, hadiah itu sebagai menghargai Wawa yang tak pernah mengeluh menjaga anak.
Hadiah sebab selama ni jaga saya and tak pernah mengeluh jaga anak2 saya…???. – Aeril
Rezeki murah tahun ini
balas jasa suami beli kan i keta haritu .alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. wlupun aeril sedih sikit sbb sbnr nya dia nak kereta sport? next year ye syg?tahun ni tahun yg sgt bermakna buat kami. sikit2 impian Allah makbulkan . benarlah kata org rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat. Thank U Allah.
Kereta dan rumah idaman
Di sebalik kejayaan bisnes kosmetik yang dijalankan, Wawa dan Aeril sebenarnya mempunyai impian. Ingin melihat team ejen kosmetiknya berjaya membina empayar bisnes masing-masing. Selain itu, Wawa juga mempunyai impian untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Tahun ni adalah tahun rezeki buat kami. Dapat beli kereta idaman dan rumah idaman. Insya-Allah akhir bulan November masuk rumah baru. Bukan senang untuk sampi ke tahap ini. Kami bermula dari susah. Kami bukan dari golongan orang kaya. Semua atas hasil titik peluh dan usaha sendiri.
Kongsi di Instagram supaya jadi inspirasi
Wawa selalu berkongsi di instagram mengenai bisnes yang dijalankan. Ada sahaja video dan gambar menarik yang dimuat naik. Kata Wawa bukan niatnya mahu menunjuk.
Saya berkongsi d laman sosial untuk berkongsi kegembiraan dan menjadi sumber inspirasi kepada reseller kami juga. Macam saya sendiri yang suka tengok kejayaan orang lain. Perasaan membuak-buak nak berjaya. Sebab itu saya kongsikan cerita di laman sosial. Mana tau dapat memberi semangat kepada orang lain.
Ingin ada wisma sendiri
Sempena kedatangan 2019 tak lama lagi, sebagai usahawan, Wawa sudah pun mempunyai perancangan. Dua bulan terakhir dalam 2018 adalah tempoh masa yang perlu disahut dengan lebih gigih usaha demi melihat perniagaannya berada dalam landasan yang betul. Antara impian 2019 bagi Wawa ialah:
- Ingin melihat produknya diterima lebih ramai orang dan bisnes lebih maju berbanding hari ini.
- Ingin mempunyai wisma sendiri.
- Jika ada rezeki, ingin tambah anak lagi.
VK memang suka tengok instagram Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni. Seronok je tengok kebahagiaan mereka tu. Tambah pulak dengan keletah dua si comel yang mereka ada. Dahlah cantik, handsome, kaya pula. Kan?
Sumber: Wawa Zainal & Aeril Zafrel