‘Wow, Baru 5 Tahun Tapi Dia Dah Faham! Datin Diana Danielle Terkejut & Tersentuh Bila Muhammad Luah Rasa Hatinya Tentang…

Share

 

 

 

Anak zaman sekarang bukan seperti dulu, meskipun nampak kecil pada usia tapi tanpa disangka fikiran mereka sebenarnya jauh lebih matang. Dengan hanya melihat mereka boleh memahami kesedihan malah susah payah yang dihadapi oleh ibu bapa.

Perkara ini diakui oleh pelakon Datin Diana Danielle apabila anak sulungnya Muhammad berkongsi sesuatu yang di luar jangkaannya.

Muhammad ujarnya dalam satu perkongsian di instagram telah lontarkan kata-kata yang cukup menyentuh hatinya bila menghargai kerja keras usaha yang dilakukan dalam usaha menjadi ibu terbaik  selama ini.

Ibu you’re so pandai

“My son said something very sweet to me sebelum dia tidur semalam. Muhammad said “ibu you’re so pandai”, kembang la kejap tapi i was a little curious since it came out tiba tiba (nak toys eh?), so i asked him why he said that. He replied, “sebab you can do everything. You work & you race and you help me with all my problems”, oh itu menyentuh dalammm for me.

“I said thank you and just terkejut. Wow, my 5 year old baby boy faham — I have been pushing my limits — ever since he was born. I don’t want to lead a boring uninspiring life, i want to be out there with all the dream catchers. I have been told to stop, to settle down, but my spirit doesn’t want to settle down.

“I want to contribute and see how far I can push myself and where I’ll land at the end of my journey. . Ibu harap Muhammad will be extra bold and take risks and be a dream catcher. It is so worth it, even in the most tiring or devastating days.

 

Momen sweet

Momen yang dianggap cukup sweet oleh Diana itu dikongsikan kerana dia terkejut dengan kata-kata Mohammad yang dianggap matang kerana faham apa yang dilakukan selama ini.

Ujar Diana dia tidak mahu menjalani kehidupan yang membosankan sebaliknya mahu keluar, mengejar impian dan menyumbang sesuatu. Malah dia juga berharap anaknya juga sebegitu kerana walaupun penat kata Diana apa yang dilakukan saat ini sebenarnya sangat berbaloi.

Perkahwinan Diana, 28 tahun, dengan pelakon, Datuk Farid Kamil, 37 tahun pada 3 November 2012 dikurniakan dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

 

Sumber: Diana Danielle

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Maryam Elyas