Ramai ibu yang punya anak kecil terutamanya berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah.
Namun satu kerisauan mereka adalah bagaimana hendak mengendalikan anak kecil ini ketika beribadah yang kita tahu pasti ada cabarannya terutama dalam keadaan jemaah yang ramai.
Tapi berbeza dengan pengalaman Datin Nur Shahida, isteri pengasas produk De Herbs yang sejak seminggu lalu berada di Makkah menunaikan umrah bersama dengan bayinya yang baru berusia lima bulan.
Beliau kelihatan cukup selesa dan tiada masalah mengendalikan bayinya Yusuf Al Qadrawi sepanjang berada di tanah suci. Malah katanya Yusuf juga langsung tak menangis sepanjang dia menunaikan solat di masjid selama di sana.
Disebabkan itu ramai ibu yang nak tahu tip yang dipraktikkan untuk memastikan bayinya itu langsung tidak meragam.
Dalam satu perkongsian di instagram ujar Datun Nur Shahida dia telah membiasakan membawa Yusuf bersolat di masjid sebulan sebelum menunaikan umrah.
Ramai tanya mcm mana bawa baby @yusoffalqardawi waktu umrah….waktu solat mcm mana dia tak nangis ke?
1-2 bulan sebelum umrah saya biasakan Yusoff ikut saya solat di masjid waktu subuh supaya dia terbiasa.
Mula-mula dia nangis juga waktu mula-mula ajar tu sebab orang tak ambik dia. Tapi dari sehari ke sehari dia dah boleh faham time solat dia akan baring kat situ sampai habis solat. Kadang-kadang dia pula yg sengih kat kita time kita tengah solat tu.
Alhamdulillah kat sini belum lagi sekalipun yusoff meragam time solat. Yg penting sebelum solat bagi dia cukup tidur cukup susu. Insya Allah selamat kita.
Ha macam tu caranya, kena letakkan baby kat sebelah bila bersolat. Biasakan dia bahawa ibu takkan ambil atau dukung waktu itu.
Untuk mak-mak yang nak menunaikan umrah bersama anak kecil boleh praktikkan tip ini ya.
Sumber: IG shahidadherbs